MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor, sepanjang Januari lepas.
Pengarah JKDM Melaka Nadzri Che Ani berkata dalam enam serbuan berasingan itu juga, sebanyak tiga individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 30-an hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kejayaan terbesar melibatkan rampasan 3.81 juta batang rokok seludup jenama Double Happiness, Canyon dan Zon King bernilai RM2.85 juta termasuk cukai di sebuah gudang di kawasan perindustrian di Ulu Tiram, Johor pada 29 Jan lepas.
"Serbuan di gudang berkenaan dilakukan pada 7 malam selepas pasukan yang membuat intipan dan risikan mendapati wujud pergerakan keluar masuk barang kes oleh sindiket terlibat bermula 10 pagi hari sama.
"Ketika serbuan dilakukan, tiada individu atau pekerja dikesan berada dalam gudang berkenaan manakala rokok seludup itu disimpan dalam kotak yang dibalut dengan plastik hitam dan disimpan dalam beberapa bilik di premis itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemilik dan penyewa gudang berkenaan bagi membantu siasatan lanjut namun tidak menolak kemungkinan premis itu dijadikan stor penyimpanan rokok seludup untuk dipasarkan di sekitar kawasan selatan tanah air khususnya Johor.
Katanya rokok seludup berkenaan juga dipercayai dibawa masuk dari negara jiran kerana mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.
Nadzri berkata berkata rampasan kedua terbesar juga melibatkan 2.78 juta batang rokok seludup jenama 'Double Happiness' melibatkan nilai termasuk cukai berjumlah RM2.23 juta.
Beliau berkata rampasan membabitkan rokok seludup berkenaan yang dibawa menggunakan sebuah lori itu dilakukan di Jalan Kluang-Kota Tinggi, Johor pada 28 Jan lepas.
"Dalam rampasan ini, pemandu lori berusia 50-an gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dagangan yang juga disimpan dalam kotak dan dibalut plastik hitam dan dia ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Kita juga sedang menyiasat sama ada dua kes berkenaan mempunyai kaitan atau rangkaian sindiket penyeludupan yang sama," katanya.
Beliau berkata selain rampasan rokok, sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera dipercayai diseludup dari Singapura turut dirampas di sebuah rumah berpagar di Jasin di sini kira-kira 12.30 tengah hari pada 18 Jan lepas.
Katanya kereta putih tanpa nombor pendaftaran dan cukai jalan yang dianggarkan bernilai RM286,000 termasuk cukai itu ditemukan semasa serbuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
![JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707908713_JKDMseludup.jpg)
Sebuah kereta mewah dipercayai diseludup dari Singapura turut dirampas di sebuah rumah berpagar di Jasin. - Gambar/ Sinar Harian
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
![Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731470800_tbJabatanImigresen.jpg)
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.
![JKDM nafi Ketua Pengarah campur tangan kes seludup kenderaan mewah di Sarawak JKDM nafi Ketua Pengarah campur tangan kes seludup kenderaan mewah di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729612577_RibuanAbdullah.jpg)
JKDM nafi Ketua Pengarah campur tangan kes seludup kenderaan mewah di Sarawak
Bahagian XII Akta Kastam 1967 menjamin hak untuk Pegawai Penguatkuasaan JKDM untuk jalankan tugas tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
![Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000 Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726036563_karkasbabi.jpg)
Pemandu lori ditahan cuba seludup karkas babi lebih RM200,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan karkas babi bernilai RM204,800 selepas menahan seorang pemandu lori di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sini hari ini.
![Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719927700_NorzaidMuhammadSai.jpg)
Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin
Tindakan sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand yang boleh bertindak agresif sehingga sanggup mengancam keselamatan pihak berkuasa tidak boleh dipandang remeh.
![SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717579445_tbsindiketSPRMpu.jpg)
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
![Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717068464_KastamMelakarampa.jpg)
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
![Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711697243_TBAZAMBAKIjpg.jpg)
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
![Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710929521_SPRMTahanan.jpg)
Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman
Mereka disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
![SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710658790_keretamewah.jpg)
SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
SPRM menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.
![Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710393390_TBsindiketpenyelu.jpg)
Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan
Padah menjadi perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan, seorang penjawat awam antara yang ditahan pihak berkuasa.