Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) mempelawa orang ramai memberikan cadangan bagi menambah baik sistem pendidikan di negara ini.
Sehubungan itu, JKD akan melakukan tinjauan umum bagi mengumpul maklumat secara keseluruhan bagi memahami sendiri keperluan sistem pendidikan negara.
Menurut Pengerusi JKD, Prof Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, cadangan itu bertujuan menambah baik sistem kurikulum yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai murni.
“Jawatankuasa ini menjemput rakyat menerusi arus perdana bagi memberi maklum balas tentang apakah gambaran dan perubahan yang mereka inginkan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam dasar pendidikan.
“Selain itu, sebanyak kira-kira 2,000 maklum balas dari orang awam dikumpulkan dari platform dalam talian sejak ia dibuka pada 12 Januari lalu.
“JKD akan melanjutkan tempoh itu bagi membolehkan lebih banyak maklum balas diterima ke arah memantapkan sistem pendidikan negara,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, katanya pihaknya percaya syor yang akan dikemukakan JKD kepada Kementerian Pendidikan akan menambah baik dasar pendidikan negara.
Malah, pembinaan karakter kebangsaan Malaysia berteraskan ilmu, kemahiran dan sahsiah adalah penting ke arah membentuk bangsa Malaysia yang berjaya.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penubuhan JKD sebagai badan bebas bagi mengkaji dasar pendidikan negara selain Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Prasekolah hingga lepasan menengah) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan tinggi).
JKD dianggotai 13 anggota dan bekerjasama dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dalam mengkaji dasar pendidikan negara sebelum membuat syor kepada Kementerian Pendidikan pada 30 April ini.
Semua cadangan dan idea boleh disalurkan menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0dj2BFqQPoGEZx1. Selain itu, borang khas bagi tujuan berkenaan boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di alamat emel jkkdpn@gmail.com.
Sehingga kini, lebih 2,000 maklum balas secara dalam talian telah diterima.
Afiq Ariffin
Fri Feb 08 2019
![JKD pelawa orang ramai beri cadangan mantapkan sistem pendidikan negara JKD pelawa orang ramai beri cadangan mantapkan sistem pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549613160_kementerian.jpg)
Pengerusi Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD), Prof Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid bersama anggota lain pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Laporan JKD dibentang kepada Perdana Menteri minggu depan - Maszlee Laporan JKD dibentang kepada Perdana Menteri minggu depan - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561194230_MenteriPendidikan.jpg)
Laporan JKD dibentang kepada Perdana Menteri minggu depan - Maszlee
Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang siap hujung April lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri minggu depan.
![Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550161719_IbrahimAhmadBajunid.jpg)
Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas
Antara maklum balas diterima itu lebih kepada soal pelaksanaan berkaitan sistem pendidikan dan penambahbaikan.
![JKD pelawa orang ramai beri cadangan mantapkan sistem pendidikan negara JKD pelawa orang ramai beri cadangan mantapkan sistem pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549613160_kementerian.jpg)
JKD pelawa orang ramai beri cadangan mantapkan sistem pendidikan negara
Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) mempelawa orang ramai memberikan cadangan bagi menambah baik sistem pendidikan di negara ini.