SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing hari ini mendakwa kejadian penjarahan jirat Cina di Jalan Bukit Aup di sini baru-baru ini adalah berikutan tiadanya tindakan ke atas laporan yang dibuat orang ramai.
Menurut beliau, kejadian sebelum ini dikesan pada akhir bulan lalu apabila sebuah jirat telah diselongkar dan keranda dibakar.
"Waris telah pun membuat laporan polis namun pegawai terbabit tidak mengambil tindakan yang wajar dengan serta-merta.
"Melihat tiada tindakan diambil, pelaku terdorong untuk mengulangi perbuatan mereka dan kali ini tujuh jirat telah dimusnahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menggesa supaya Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu kelak untuk meneliti dan menghentikan perkara terkutuk itu kerana jika ia dibiarkan berlaku, pelaku akan menjadi bertambah berani dan menimbulkan lebih banyak masalah sosial.
Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menggesa supaya pihak berkuasa untuk segera bertindak demi mengembalikan ketenangan hidup kepada waris yang terlibat.
Jawatan ketua polis daerah Sibu yang kosong selepas persaraan ACP Stanley Jonathan Ringgit sejak beberapa bulan lalu dipangku oleh Supt Dr Collin Babat.
Pada Ahad lalu waris-waris yang melawat tanah perkuburan di Jalan Bukit Aup sempena perayaan Qing Ming mendapati tujuh jirat telah dijarah dan keranda dibakar pihak tidak bertanggungjawab.
Tulang belulang di jirat-jirat yang terlibat turut dilarikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

King Sing berkata, kejadian sebelum ini dikesan pada akhir bulan lalu apabila sebuah jirat telah diselongkar dan keranda dibakar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jirat dijarah kerana laporan tidak diambil tindakan, dakwa ADUN Dudong
Menurut beliau, kejadian sebelum ini dikesan pada akhir bulan lalu apabila sebuah jirat telah diselongkar dan keranda dibakar.