Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho, atau Jho Low, kelihatan terdesak untuk menghentikan cek bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tiga akaun AmBank, daripada "ditendang".
Saksi, yang merupakan bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, 48, memberikan kenyataan itu berdasarkan kepada beberapa perbualan menerusi BlackBerry Messenger (BBM) antara beliau dengan Jho Low, lelaki yang menegur beliau bagi memastikan cek yang diisu dari tiga akaun Najib tidak boleh 'ditendang'.
Akaun-akaun berkenaan, tiap satu dengan nama kod tertentu, yang terdiri daripada Y1MY bagi akaun yang nombornya berakhir dengan angka 808, dan MY yang berakhir dengan angka 906, disahkan oleh saksi pendakwaan ke-54 itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh di hari ke-44 perbicaraan Najib terhadap tujuh pertuduhan salah guna dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta.
Harvinderjit: Pada 21 January 2014, Jho Low menghantar pesanan kepada anda "Bagaimana harus kita salurkan wang ke dalam akaun Y1MY?" dan anda menjawab "Sudah minta cawangan supaya jangan tolak cek" di mana ahli perniagaan itu pula menjawab "Ya, tolong jangan tolak cek".
Yu: Ya.
Harvinderjit: Pada 30 Jun 2014, teks dari Jho Low berbunyi "Pastikan cek tidak ditendang" dan anda menjawab "Sudah minta cawangan, mungkin perlu tunggu sehingga 11.30 pagi" dan dalam satu lagi pesanan, dia menghantar teks "Tolong luluskan cek, jangan tolak ia walau apa pun" dan anda menjawab "Sudah minta cawangan tunggu selama yang boleh".
Harvinderjit: Kemudian pada hari yang sama dia menghantar pesanan, "Aiyoh, jangan tolaklah, Nanti sebentar dahulu". Semuanya berlaku (di hari yang sama).
Yu: Ya.
Harvinderjit: Ada unsur kecewa dalam pesanan ini?
Yu: Saya beritahu dia, waktu terakhir ialah 5.30 petang.
Harvinderjit: (Jho Low nampak) amat terdesak?
Yu: Saya percaya begitulah.
Pada satu ketika berdasarkan perbualan BBM yang dibacakan di mahkamah oleh Harvinderjit, Jho Low turut mengingatkan Yu supaya memberitahu bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank, Ashok Ramamurthy, bahawa "Cek MNR tidak boleh ditendang".
MNR digunakan oleh Jho Low bagi merujuk kepada Mohd Najib Razak.
Terdahulu mahkamah diberitahu bagaimana akaun Najib sering 'terlebih pengeluaran' sehingga sering memaksa Yu menghubungi Jho Lo atau pemegang mandat akaun Nik Faisal Ariff Kamil bagai menyelesaikan isu itu.
Yu berkata Jho Low turut mengarahkan beliau supaya memusnahkan buku cek Najib bagi akaun 2013, di mana saksi itu tidak melakukannya.
Harvinderjit: Jho Low minta anda memusnahkan buku cek lama, tapi anda tidak melakukannya?
Yu: Biasanya ia akan dihantar balik ke cawangan untuk menyemak duti stem yang tertera di mukasurat yang tinggal.
Harvinderjit: Kenapa anda tidak musnahkannya?
Yu: Ia bukan cek saya.
Harvinderjit: Kenapa anda tidak beritahu dia "kita tidak boleh musnahkannya"?
Yu: Selepas menutup mana-mana akaun, menjadi amalan biasa bagi kami untuk menghantar buku cek itu balik ke cawangan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019

Yu (gambar) berkata Jho Low turut mengarahkannya supaya memusnahkan buku cek Najib bagi akaun 2013, tetapi dia tidak melakukannya. - Foto BERNAMA

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

SPRM tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000
Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.