Sebuah jeti akan dibina bagi membantu proses baik pulih sepenuhnya kapal muzium EX KD Rahmat yang sebelum ini hampir tenggelam dan senget di pesisir Marina Waterfront, dekat sini.
Sebelum ini, kapal yang dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2004 itu menarik perhatian pelbagai pihak akibat keadaannya yang dimasuki air malah hampir tenggelam pada awal tahun 2016.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu akan dikendalikan dengan sebaiknya susulan penubuhan jawatankuasa pengurusan khas EX KD Rahmat dengan kerjasama kerajaan negeri.
“Langkah pertama hasil beberapa siri perbincangan berterusan daripada TLDM adalah dengan membina sebuah jeti yang dapat menghubungkan secara langsung ke KD Rahmat, sekaligus memudahkan proses pengecaman masalah kapal dan sebagainya.
“Langkah seterusnya adalah perancangan masa depan kedudukan terbaik bagi kapal itu, untuk memastikan cara terbaik menjaga kapal itu berdasarkan kedudukannya buat masa ini,”katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas sesi lawatan Hospital Angkatan Tentera TLDM di Hospital Angkatan Tentera TLDM, di sini hari ini.
Dr Zambry berkata beberapa langkah teknikal akan dilaksanakan setelah mengambil kira penilaian daripada jawatankuasa TLDM yang sentiasa proaktif dalam memberikan perkembangan lanjut mengenai proses baikpulih kapal berkenaan.
Katanya, beliau ingin syarikat swasta yang bertanggungjawab dalam menjaga kapal berkenaan untuk memenuhi segala janji yang telah dinyatakan sebelum ini.
“Saya akan minta pihak TLDM dan Datuk Nolee, exco bertanggungjawab untuk memantau dan membuat pengumuman dari masa ke masa sekiranya terdapat perkembangan baru berkenaan Ex KD Rahmat ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, syarikat Plus Asiajaya Perak (PAP) selaku kontraktor yang diberi tanggungjawab membaik pulih dan menyelenggara kapal itu, akan menanggung segala kos operasi terlibat dalam memastikan keselamatan kapal, selain mengelakkan kejadian berulang.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Jun 23 2017

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melawat EX KD Rahmat pada 6 Jun lalu yang senget akibat mengalami kebocoran di persisiran pantai berhampiran Marina Waterfont. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

TLDM komited bantu urus 'Ex KD Rahmat' yang senget di Lumut
TLDM giat menjalankan kerja-kerja mengepam keluar air dari kapal dikenali sebagai 'Ex KD Rahmat' itu dan masih berlarutan sehingga kini.