KUALA TERENGGANU: Industri pelancongan dan kegiatan sosioekonomi di Terengganu dijangka terus rancak apabila infrastruktur komunikasi di negeri inj ditambah baik melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pada tahun ini, sebanyak 81 menara telekomunikasi telah berjaya dinaik taraf iaitu 26 menara di Hulu Terengganu diikuti 17 menara di Dungun, Besut (13), Setiu (10), Kemaman (sembilan), Marang (empat) dan Kuala Nerus (dua).
Beliau berkata kualiti perkhidmatan rangkaian jalur lebar mudah alih di kawasan-kawasan pelancongan seperti Pulau Redang, Pulau Tenggol dan Tasik Kenyir turut menjadi keutamaan dalam projek JENDELA dengan mengambil kira industri pelancongan sebagai salah satu sumber ekonomi utama negeri.
"Usaha sama yang diadakan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan MCMC ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik yang baru-baru ini telah berjaya mencatatkan prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 3.6 peratus, melebihi paras nasional.
"Penambahbaikan kualiti liputan ini juga telah memberikan impak positif kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negeri yang berjaya meneroka peluang-peluang perniagaan dalam dunia digital di samping meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Ariffin, impak positif daripada projek naik taraf 1,042 stesen pemancar dan 37 pembinaan menara telekomunikasi baharu pada tahun lepas telah dirasai kerana Terengganu kini menikmati purata kelajuan jalur lebar mudah alih pada 32.87 Megabit sesaat (Mbps).
"Kadar liputan jalur lebar mudah alih 4G sudah mencapai 96.21 peratus di kawasan berpenduduk dan liputan 4G ini dijangka meningkat kepada 97.26 peratus selepas Projek JENDELA Fasa 1 siap sepenuhnya.
"MCMC dan Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif bersama yang dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya bagi merancakkan perkembangan industri pelancongan dan ekonomi negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Liputan 4G dijangka meningkat kepada 97.26 peratus selepas Projek JENDELA Fasa 1 siap sepenuhnya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Bajet 2023: Penggiat industri pelancongan Terengganu harap lebih banyak insentif khas bersasar
Kerajaan juga diharap beri tumpuan ke arah memantapkan lagi kemudahan infrastruktur bagi memastikan keselesaan pelancong.

JENDELA rancakkan industri pelancongan, kegiatan sosioekonomi di Terengganu
Pada tahun ini, sebanyak 81 menara telekomunikasi telah berjaya dinaik taraf, termasuk 26 menara di Hulu Terengganu.

Pulau Bidong jadi tumpuan peminat sejarah dan alam semula jadi
Keindahan terumbu karang, peninggalan sejarah pelarian Vietnam, kepelbagaian flora dan fauna yang masih tidak 'terusik' menaikkan nama pulau ini.

Semua pulau peranginan di Terengganu dijangka ditutup bermula Oktober
Langkah penutupan itu dibuat bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku dengan kehadiran tengkujuh.