Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), bakal memberikan liputan internet yang lebih baik buat rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri Sabah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, langkah itu adalah penting kerana soal akses internet semakin meningkat dengan anak muda, terutamanya mengunakan pelbagai platform digital, selain situasi akibat COVID-19 yang menyebabkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat meningkat.
"Ada yang fikir asalnya tahun depan mahu gunakan e-Dagang tetapi dengan COVID-19, sekarang pun sudah mula berjinak-jinak dan mahir, menggunakan platform itu.
"Kita juga sedang menilai semua pusat internet di Sabah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan agensi lain kita sudah ada persefahaman untuk mengabungkan pusat internet itu untuk bantu mereka, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Jabatan dan Agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia negeri Sabah, di sini pada Ahad.
Saifuddin berkata, semua yang terlibat terutamanya SKMM diharap dapat melipat gandakan usaha dalam masa terdekat, bagi merealisasikan hasrat memberikan perkhidmatan internet lebih baik buat rakyat di negara ini.
Sementara itu beliau mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsikan perkara-perkara indah dan menarik, mengenai Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept ini, menerusi tanda palang atau hashtag, '#momentnegaraku' di media sosial mereka.
"Sangat berharap sambutan ini (Hari Malaysia) kita raikan bersama sebagai rakyat Malaysia...tularkan perkara yang positif sebagai rakyat Malaysia, kita kongsikan bersama," katanya.
Beliau berkata, bersatu dalam kepelbagaian dan hidup aman damai dengan kerukunan tinggi dimiliki rakyat Sabah, merupakan sesuatu yang harus dipelajari semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
Saifuddin berkata, semua yang terlibat terutamanya SKMM diharap dapat melipat gandakan usaha dalam masa terdekat. - Gambar fail
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
MCMC tangani maklumat salah mengenai pengalihan DNS, sekatan akses internet
MCMC arah ISP mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.
TikTok kini bolehkan anda muat turun video untuk tontonan luar talian
Mengikut tetapan yang disediakan, pengguna boleh lakukan muat turun di antara 50 ke 200 video dengan masa tontonan mencapai 120 minit.
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza
Ia akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.
Pembinaan menara telekomunikasi cetus gelombang perniagaan dalam talian
Akses Internet menjadi pemangkin minat penduduk Kampung Sungkup, Sungai Petani, terhadap aktiviti perniagaan.
PRU15: 'Jangankan kata 5G, talian telefon biasapun ada yang tak dapat' - Belia Kuala Pilah
Kekangan tersebut menjadi faktor kegagalan bagi sebahagian anak muda tempatan untuk mengubah taraf kehidupan mereka.
Pelajar Orang Asli ketinggalan PdPR, pembukaan sekolah penyelesaian terbaik - Abdul Rahman
Pelajar Orang Asli ketinggalan dalam pendidikan sepanjang penutupan sesi persekolah bersemuka disebabkan kesukaran akses Internet bagi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Netizen di China cecah satu bilion
Penggunaan internet perseorangan di China pada separuh pertama tahun ini menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil.
Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.
Dua beradik daki bukit, panjat pokok untuk dapat Internet ikuti kelas dalam talian
Mereka berdua terpaksa mendaki bukit dan memanjat pokok bagi mendapatkan akses Internet di kawasan belakang rumah di Kampung Bukit Tal Tujuh, Jerangau, di sini.