PASIR MAS: Jenazah Farrah Emirah Mazlan, 26, yang ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Kelubi, di sini, pada Ahad.
Lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung hadir ke pengebumian pada jam 4.30 petang itu.
Terdahulu, suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga Allahyarhamah di Bukit Lata di sini, sejurus jenazah tiba selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Pasir Mas, pada jam 2.20 petang.
Seorang anak mangsa yang berusia 10 tahun, ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat ibunya selepas dimaklumkan oleh rakannya.
BACA: Wanita hamil mangsa tembakan merupakan ibu tunggal tiga anak
BACA: Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Media sebelum ini melaporkan mangsa yang hamil tujuh bulan ditemukan maut dengan kesan tembakan pada perut, dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan, di Kampung Repek menghala ke Kampung Teresek, di sini, jam 4 petang Sabtu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, hasil keterangan saksi awam mendapati kenderaan mangsa berada di tepi jalan sejak petang Jumaat.
Mangsa yang juga ibu tunggal, meninggalkan tiga orang anak berusia dari tiga hingga 10 tahun.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 05 2022
![Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654429976_pengebumian.jpg)
Jenazah Farrah Emirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Kelubi, di Pasir Mas, pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719931819_TBKhooYingHooi.jpg)
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719930946_TBsprm.jpg)
Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.
![Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719930571_TBsyabu.jpg)
Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.84 juta melalui perkhidmatan kurier, selepas menahan sepasang suami isteri di Puchong Jaya, pada 27 Jun.
![Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
10 Berita Pilihan - (02 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719929229_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
![Wanita hamil maut ditembak periang, tiada musuh - Ibu Wanita hamil maut ditembak periang, tiada musuh - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654440204_TBibumangsa.jpg)
Wanita hamil maut ditembak periang, tiada musuh - Ibu
Farrah Emirah Mazlan, 26, yang hamil tujuh bulan ditemui maut ditembak pada perut di dalam sebuah kereta di sini, pada Sabtu, disifatkan seorang yang periang dan tidak mempunyai musuh.
![Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654429976_pengebumian.jpg)
Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi
Lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung hadir ke pengebumian pada jam 4.30 petang itu.