KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan pada 11.25 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut di sini.
Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid Al Ubudiah Segambut Dalam untuk dimandi dan dikafan, diikuti solat jenazah yang dipimpin pemangku ketua imam masjid Mohd Arifin Zulkatlay sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Majlis pengebumian dihadiri lebih 30 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara dan kenalan.
Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Kewangan ll Tan Sri Amir Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Aseh Che Mat.
Anak Allahyarham, Dr Samsudin memaklumkan ayahnya yang sudah berusia 93 tahun itu meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Ampang pada 10.20 malam tadi kerana sakit tua.
Dr Samsudin ketika ditemui Bernama turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan pengebumian ayahnya.
Osman berkhidmat dalam sektor awam selama 30 tahun sebagai ahli Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia termasuk memegang jawatan Setiausaha Agung di beberapa kementerian dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum bersara pada 1985.
Beliau kemudiannya aktif di Institut Pengurusan Malaysia dan pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah serta Pengerusi Southern Bank Berhad sehingga 2005 diikuti menjadi Pengerusi Kumpulan Hai-O selama 15 tahun.
Allahyarham juga pernah dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang Polar dari Raja Sweden Carl XVI Gustaf pada 2009 atas keberanian beliau menjadi wakil Malaysia sebagai tebusan pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) yang menyertai penerbangan ke Tripoli, Libya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
![Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718427329_jenazahtansrimus.jpg)
Majlis pengebumian dihadiri lebih 30 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara dan kenalan. - Bernama
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Sarawak disalur secepat mungkin
Bantuan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) Yang terjejas banjir di sarawak akan disalurkan secepat mungkin selepas senarai penerima dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sarawak.
![Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.
![Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718427329_jenazahtansrimus.jpg)
Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan
Jenazah bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan pada 11.25 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut di sini.