PETALING JAYA: Jenazah bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad selamat dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, di sini.
Terdahulu, jenazah Mohamad dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafan, diikuti solat jenazah yang diimamkan menantu arwah, Mohd Nordin Mat Sah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian yang dihadiri lebih 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara dan kenalan.
Mohd Nordin ketika ditemui berterima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan pengebumian mentuanya.
Allahyarham Musa, 81, yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.
Beliau merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004.
Selain pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM), Allahyarham juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003.
Selain itu arwah juga merupakan bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universti UCSI. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Jenazah bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Musa Mohamad selamat dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Ahad. - Gambar Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Jenazah Tan Sri Musa selamat dikebumikan
Jenazah Musa dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan, kejuruteraan - USM
Jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.