PENDANG: Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini, untuk dikebumikan di kampungnya di Mukim Tobiar, dekat sini.
Suaminya, Noor Azmi Ariffin, 39, berkata perkara itu dimaklumkan oleh wakil pihak tentera yang berkunjung ke rumah keluarga mereka tengah hari tadi.
"Jangkaan paling awal jenazah sampai ke sini hari Rabu, setakat ini itu saja maklumat daripada laporan awal tadi. Saya difahamkan, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Tualang di sini untuk dikebumikan," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Mati, Tobiar dekat sini hari ini.
Noor Azmi berkata ketika bercuti selama sebulan di kampung, arwah isterinya yang berusia 39 tahun lebih banyak meluangkan masa bersama empat anak mereka berbanding sebelum ini.
Menurutnya setiap kali ke kedai, Faridah akan membeli mainan untuk anak-anaknya dan itulah perubahan yang dapat dirasai sebelum arwah kembali bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Jumaat lepas.
"Dia (arwah) balik cuti kali ni memang banyak habiskan duit untuk anak-anak. Boleh kata setiap kali keluar beli mainan, dekat (untuk) anak menakan (anak saudara) pun dia beli.
"Saya tengok dia memang nak luangkan banyak masa dengan anak-anak, boleh kata dialah buat semua, hantar dan ambil anak-anak di sekolah, sebelum ni tak pun," katanya yang masih terkejut dengan pemergian isteri yang tiada sejarah sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sangat sihat.
Dalam pada itu, Noor Azmi meminta orang ramai mendoakan supaya segala urusan kepulangan jenazah arwah ke tanah air dipermudah dan berjalan lancar.
Allahyarham Faridah meninggalkan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4.
Semalam Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba ke Lubnan selepas selesai bercuti selama sebulan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Allahyarham Faridah meninggalkan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

ATM sahkan anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung
Anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.