Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KITA, Batu 1.5 Jalan Bakri di sini, malam Ahad.
Jenazah Mohd Zulkephli, yang tiba di kampung halamannya pada 10.10 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), disolatkan di Surau KITA sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya Allahyarham Fatimah Abdullah pada 11.36 malam.
Sebelum itu, jenazah Mohd Zulkephli disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, selepas tiba di Anjung Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 6.30 petang tadi dari Frankfurt.
Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Hanif Othman.
Turut hadir bapanya, Mohd Noor Abdullah, 90.
Mohd Zulkephli, 57, yang meninggal dunia 3 Februari lalu akibat barah hati, meninggalkan isteri Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak berusia antara dua tahun hingga 25 tahun.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984 dan sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.
Selain itu, Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.
Sementara itu, Salwa Mohd Noor, 52, berkata abangnya suka berkongsi ilmu selain memberi tunjuk ajar kepada adik beradiknya.
"Arwah turut menjadi contoh kepada keluarga yang lain terutama kepada anak saudara," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Menurutnya kali terakhir beliau dan anggota keluarga lain bertemu Mohd Zulkephli ialah pada Ogos tahun lepas yang ketika itu mengikuti kursus di ibu negara.
Bernama
Mon Feb 08 2016
Mohd Zulkephli, 57, yang meninggal dunia 3 Feb lalu akibat barah hati, meninggalkan isteri Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak berusia antara dua tahun hingga 25 tahun. - Foto BERNAMA
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Duta Besar Sazali lawat rakyat Malaysia di TAI selepas serangan pengganas
Sazali turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAI, Mehmet Demiroglu, di ibu pejabat TAI di Ankara.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Gempa bumi Turkiye: 13 rakyat Malaysia selamat, masih terperangkap di kawasan bencana - Duta
13 rakyat Malaysia di Turkiye berada dalam keadaan selamat, namun tidak dapat keluar dari kawasan gempa ekoran operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
PM sampaikan hasrat, aspirasi kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan hasrat dan aspirasi kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia yang telah menerima watikah pelantikan baru-baru ini.
Duta Besar: Tingkat kerjasama Malaysia dengan Mesir, Oman, Lubnan - Hadi
Duta Besar Malaysia ke Mesir, Oman dan Lubnan yang baharu dilantik, diminta berusaha meningkatkan kerjasama Malaysia dengan ketiga-tiga negara Timur Tengah itu berkaitan kepentingan bersama.
COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April lalu.
Jerebu: Bukan protes tapi tawar bantu Indonesia tangani kebakaran - Duta Malaysia
Surat rasmi kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, berhubung tawaran itu telah disampaikan kepada pemerintah Indonesia.
Rompakan rumah Duta Malaysia di Chile: Polis mulakan siasatan
Menurutnya, polis Santiago telah memulakan siasatan terhadap kes itu dan telah mengambil keterangan saksi serta mengumpul bukti berkaitan dengan kes tersebut.
Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat jauhi tempat tumpuan awam - Duta
Peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta malah di lokasi lain di negara berkenaan.
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara berada di Malaysia - Kementerian Luar
Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Korea Utara, kini berada di Malaysia.