Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.
"Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah D.K, S.M.I.J, bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baqa pada 7.55 malam hari Jumaat 1hb Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadan 1439 Hijrah di Hospital King Edward VII London," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan kemangkatan berkenaan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.
Abdul Rahim berkata jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak.
Beliau berkata jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.
BACA: Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat
Menurut Abdul Rahim, istiadat pemakaman itu merupakan istiadat separuh rasmi.
Katanya jenazah Almarhumah akan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bermula dari Istana Besar secara diusung pedati yang ditarik 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Abdul Rahim berkata Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kini dalam keadaan kemasyghulan atau sedih atas kemangkatan bonda baginda.
Almarhumah Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Dis 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018
![Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71527916184_DATUKABDULRAHIM.jpg)
Abdul Rahim berkata Sultan Johor kini dalam keadaan kemasyghulan atau sedih atas kemangkatan bonda baginda. --fotoBERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Abu Bakar Ibrahim Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Abu Bakar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564051416_TBTMJDANISTERI.jpg)
Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Abu Bakar Ibrahim
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan perkara tersebut dalam satu pengumuman Diraja.
![Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71527916184_DATUKABDULRAHIM.jpg)
Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung
Ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lepas.
![Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71527916184_DATUKABDULRAHIM.jpg)
Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.
![Tunku Mahkota Johor dilantik pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Johor dilantik pemangku Raja Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460703853_TunkuIsmail.jpg)
Tunku Mahkota Johor dilantik pemangku Raja Johor
Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Ibrahim itu dibacakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dalam satu majlis istiadat di Bukit Serene.