BUKIT MERTAJAM: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang membuka 941 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersial melibatkan nilai kerugian RM50 juta sejak 1 Jan hingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata daripada jumlah itu, kes pecah amanah, pemalsuan dan lain-lain merekodkan 110 kes dengan jumlah kerugian RM26 juta, manakala kes tipu dalam talian pula mencatatkan 831 kes membabitkan jumlah kerugian RM24 juta.
Beliau berkata kes penipuan panggilan telefon atau macau scam paling banyak direkodkan iaitu 183 kes membabitkan kerugian RM12 juta, diikuti 83 kes penipuan pelaburan yang mencatatkan kerugian RM5 juta, dan lain-lain kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM7 juta.
"Kejayaan paling besar JSJN Pulau Pinang ialah melalui Op Pelican dengan penahanan tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, dan serbuan ke atas calling centre (pusat operasi) bulan lepas itu, polis merampas pelbagai kad SIM, telefon bimbit, kad debit, komputer riba dan buku mengandungi promosi perjudian serta pelbagai dokumen,
"Selain itu 398 orang ditahan kerana terlibat dalam kes jenayah komersial di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 peringkat Kontijen Pulau Pinang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.
Sementara itu Fisol berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan 2,878 orang termasuk 60 remaja bawah umur berusia 18 tahun ke bawah sepanjang tempoh 1 Jan hingga 28 Feb lepas, kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.
Katanya sepanjang tempoh sama, JSJN Pulau Pinang berjaya membuat pelbagai rampasan dadah bernilai RM2.98 juta dengan nilai sitaan harta RM2.98 juta melalui 40 kertas siasatan yang dibuka.
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, pihak JSJN Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan tujuh sindiket pengedaran dadah jenis heroin, ketamin, ganja dan syabu menerusi beberapa siri Op Mutiara.
Terdahulu pada majlis itu, tiga orang awam turut diberikan surat penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang kerana berjaya membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes jenayah antaranya curi kabel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Datuk Fisol Salleh berkata 941 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersial melibatkan nilai kerugian RM50 juta sejak 1 Januari. - Bernama
Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin
Ribuan orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena.
Agenda AWANI : Himpunan Pembebasan Palestin
Ayuh beramai-ramai berhimpun, zahirkan sokongan kita kepada Palestin.
Astro AWANI bawakan secara langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini sebagai tanda solidariti menentang kekejaman rejim Zionis dan mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.
#AWANInews
#IsraelCuak
#IsraelBacul
Astro AWANI bawakan secara langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini sebagai tanda solidariti menentang kekejaman rejim Zionis dan mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.
#AWANInews
#IsraelCuak
#IsraelBacul
Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal
MAS berkata, kesemua penumpang telah disediakan tempat penginapan sementara, penerbangan baharu dijadualkan pada jam 9 pagi, 5 Ogos 2024
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
AWANI Ringkas: Ekonomi | Penyakit obesiti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pesawat tergendala | Peruntukan Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 04 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 04 Ogos 2024
1️⃣ Pesawat MAS ke Jeddah berpatah balik, alami masalah teknikal
2️⃣ RM16 billion ialah peruntukan keseluruhan - PM
3️⃣ Harapan Malaysia 'intai' emas badminton tidak tercapai
#awaniringkas
1️⃣ Pesawat MAS ke Jeddah berpatah balik, alami masalah teknikal
2️⃣ RM16 billion ialah peruntukan keseluruhan - PM
3️⃣ Harapan Malaysia 'intai' emas badminton tidak tercapai
#awaniringkas
AWANI 7:45 [04/08/2024] - Selamatkan Palestin | Israel sengaja timbul provokasi | Slot final tidak kesampaian
Himpunan Pembebasan Palestin, Malaysia ada peranan signifikan.
PLO sahkan ketegangan di Asia Barat, pembunuhan Ismail Haniyeh.
Tumpuan kepada gangsa, Zii Jia mahu lupakan kekalahan mudah.
Lagi PRK, SPR terima notis makluman rasmi kekosongan DUN Mahkota.
PLO sahkan ketegangan di Asia Barat, pembunuhan Ismail Haniyeh.
Tumpuan kepada gangsa, Zii Jia mahu lupakan kekalahan mudah.
Lagi PRK, SPR terima notis makluman rasmi kekosongan DUN Mahkota.
Pemancing maut, rakan cedera parah dihempap pokok ketika berkhemah di Kuala Lipis
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kampung Pagar Sasak, Padang Tengku, Kuala Lipis hari ini.
Penerokaan khazanah laut berpotensi jadi sumber ekonomi biru Sabah - Hajiji
Kerajaan Sabah sedang meneroka potensi Ekonomi Biru melibatkan penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu serta produk yang boleh dihasilkan daripada industri itu.
6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta
Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam.
Kes jenayah komersial di Johor meningkat, kerugian cecah RM33.88 juta
Sebanyak 719 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM33.88 juta direkodkan di Johor sejak Januari hingga Sabtu lepas.
RM42 juta lesap angkara 'scammer'
Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu.
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
Terengganu catat 98 kes jenayah komersial dalam seminggu
Mazli berkata ia berkurang sebanyak 38 kes berbanding 136 laporan yang diterima pada minggu sebelumnya.