ALOR SETAR: Polis akan mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras kegiatan jenayah yang dijangka meningkat apabila pintu sempadan negara mula dibuka 1 April depan.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus.
"Tahun 2021, indeks jenayah tidak tinggi kerana aktiviti sosial dan perniagaan banyak yang masih belum dibenarkan berikutan pandemik COVID-19. Tetapi, sekarang ia meningkat kerana hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan telah beroperasi semula.
"Dijangka, kadar jenayah akan meningkat apabila pintu sempadan negara dibuka semula kerana ramai yang mengalami masalah kewangan akibat COVID-19 dan itu boleh mendorong mereka melakukan jenayah seperti mencuri, meragut dan menyeludup barang terlarang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari dan ketua-ketua jabatan.
Dalam pada itu, Wan Hassan berkata, polis Kedah juga telah menubuhkan pasukan khas di peringkat IPK sejak sebulan yang lalu yang akan memfokuskan pemeriksaan dan kawalan di sempadan negara.
"Lebih 50 anggota di peringkat IPK dan daerah terlibat untuk mengawal sempadan. Kami tidak boleh jangka apa yang akan berlaku selepas dua tahun hidup dalam keadaan pandemik ini, jadi polis memang sentiasa bersedia.
"Pada Ahad ini, saya bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ke sempadan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi lain untuk melihat dan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum pembukaan 1 April depan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata statistik jenayah indeks negeri dari tempoh 1 Jan hingga semalam menyaksikan sebanyak 966 kes telah dicatatkan berbanding 833 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan menunjukkan peningkatan sebanyak 133 kes iaitu 15.97 peratus.
"Kegiatan kecurian dan pecah rumah mencatatkan jumlah kes terbanyak berbanding kes jenayah yang lain. Kedah kini berada di tempat ke-11 dalam kedudukan jenayah indeks Malaysia bagi tempoh 1 Jan hingga 24 Mac," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
![Jenayah dijangka meningkat, polis Kedah pergiat pemeriksaan di pintu sempadan Jenayah dijangka meningkat, polis Kedah pergiat pemeriksaan di pintu sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648182269_TBPOLISKEDAHjpg.jpg)
Wan Hassan berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus. - Bernama
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Penjenayah lepas dua tembakan sebelum maut ditembak polis Penjenayah lepas dua tembakan sebelum maut ditembak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708097847_Penjenayahlepasdua.jpg)
Penjenayah lepas dua tembakan sebelum maut ditembak polis
Seorang penjenayah bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechil, Napoh, pada Jumaat.
![Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000 Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704628150_KetuaPolisKedahD.jpg)
Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.
![Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702900565_AbuSamahMohdNoor.jpg)
Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.
!['Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai 'Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700603557_TBFisolSalleh.jpg)
'Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai
Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Bri' berusia 36 tahun.
![Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694324319_penyeludupan.jpg)
Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI
Polis Kedah berjaya menumpaskan lima sindiket penyeludupan migran yang menjadikan Langkawi sebagai 'pusat transit', dengan penahanan 12 ejen warga tempatan dan Myanmar menerusi Op Pintas.
![Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.
![Polis Kedah terima laporan dakwaan Saifuddin ada lelaki China bekerja di MBI Polis Kedah terima laporan dakwaan Saifuddin ada lelaki China bekerja di MBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688546924_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis Kedah terima laporan dakwaan Saifuddin ada lelaki China bekerja di MBI
Pegawai kanan MBI buat laporan di IPD Kota Setar pada Ahad menafikan dakwaan Saifuddin terdapat seorang lelaki China berkhidmat di situ.
![Polis Kedah tumpaskan sindiket eksploitasi manusia dijadikan pengemis Polis Kedah tumpaskan sindiket eksploitasi manusia dijadikan pengemis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680389693_EksploitasiPengemis.jpg)
Polis Kedah tumpaskan sindiket eksploitasi manusia dijadikan pengemis
Tiga lelaki OKU warga Kemboja dibawa dari Ulu Tiram, Johor sejak 10 hari lalu bertujuan mengemis di bandaraya Alor Setar.
![PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668867108_WANHASSAN.jpg)
PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis
Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan awam.
![Banjir: Polis Kedah guna dron tinjau kawasan sukar dimasuki Banjir: Polis Kedah guna dron tinjau kawasan sukar dimasuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665198239_KetuaPolisKedah.jpg)
Banjir: Polis Kedah guna dron tinjau kawasan sukar dimasuki
Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi banjir terutama di kawasan sukar dimasuki, dilihat sangat efektif.