Kerajaan akan melaksanakan program Jelajah Rahmah secara berperingkat bermula tahun ini, dalam menyantuni dan membantu komuniti gelandangan dan mereka yang terjebak dengan gejala sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata program itu akan melibatkan masjid, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.
"Selain memberi bantuan seperti makanan, golongan ini akan dibantu dengan pelbagai pengisian agama dan khidmat kaunseling supaya mereka dapat kembali berdikari dan hidup seperti orang lain.
"Pendekatan ini berbeza, bukan diadakan di dalam masjid seperti lazimnya tapi kita keluar dengan menyantuni mereka di tempat umum dalam satu-satu program," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Rahmah yang pertama kali dianjurkan di Anjung Singgah di sini malam tadi.
Sebelum itu, Mujahid bersama-sama menyertai sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengedarkan bantuan makanan kepada kira-kira 200 gelandangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019

MUJAHID: Komuniti gelandangan ini akan dibantu dengan pelbagai pengisian agama dan khidmat kaunseling supaya mereka dapat kembali berdikari dan hidup seperti orang lain. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

WFP rayu dana segera untuk bantu jutaan penduduk Syria
Program Makanan Sedunia merayu dana segera bagi memperluaskan operasi bantuan kepada 2.8 juta rakyat yang terjejas dan berdepan krisis makanan di Syria.

WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.

Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.

WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.

'Apa guna AS hantar bantuan tapi terus beri senjata kepada Israel?'
Michael mendakwa, apa yang berlaku sebagai tidak masuk akal.

Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

Tembak penduduk ketika ambil bantuan tidak boleh diterima - PBB
Tindakan kejam Israel adalah langsung tidak boleh diterima terutamanya ketika penyaluran bantuan yang sekarang ini sangat mustahil.