KOTA KINABALU: Jelajah Jiwa SME 2023 kini bermula dengan menjadikan Sabah sebagai destinasi pembukaan bagi acara berkaitan keusahawanan, persidangan dan karnival di bawah anjuran Astro AWANI Network Sdn Bhd (Astro AWANI).
Bertemakan ‘Gelanggang Inspirasi Usahawan’, acara yang memasuki edisi ketiga sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019 itu menyasarkan penglibatan sebanyak 30,000 orang pengunjung bagi acara yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarang Eksekutif Kandungan Jenama Astro AWANI, Zaiful Ariffin berkata, pihaknya menumpukan inisiatif dalam mempromosikan produk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdasarkan zon yang bakal dilawati selain menjadi platform penghubung dengan pelbagai agensi kerajaan.
“Jiwa SME turut memberi fokus terhadap solusi yang boleh diberikan kepada para usahawan PMKS terlibat kerana kita tahu dalam beberapa tahun lalu, khususnya susulan pandemik COVID-19, ramai usahawan terpaksa gulung tikar dan jika masih bertahan pun kini berdepan kesulitan untuk bangkit semula.
“Kami mendalami perkara tersebut, oleh demikian menerusi acara ini kita tidak hanya membawa pakar-pakar solusi tempatan tetapi turut melibatkan agensi kerajaan di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk bertemu dengan para usahawan serta melakukan sesi berkaitan termasuk berhubung isu kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 selepas sesi flag off Jelajah Jiwa SME 2023 di sini pada Khamis.
Edisi penjelajahan di Sabah bakal membawakan sesi perkongsian ilmu di pentas bersama ikon keusahawan iaitu Richard Ker, Lan Solo, IKSnita, Jessica Yew serta Denny.
Selain itu, pengunjung dan usahawan boleh mengakses khidmat nasihat, latihan dan pembiayaan perniagaan melalui semua agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, INSKEN, Bank Rakyat, SME Bank dan banyak lagi di reruai yang tersedia.
Terdapat lebih 25 reruai di sediakan pada Jelajah Jiwa SME 2023 di Sabah.
Jiwa SME 2023 akan menyusuri lima lokasi di Malaysia iaitu Sabah (Zon Borneo), Johor Bahru (Zon Selatan), Kelantan (Zon Pantai Timur), Pulau Pinang (Zon Utara), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Zon Tengah).
Dalam pada itu, menurut Pengurus Acara Bersama Jiwa SME 2023, Sam Bahren Ali, pihaknya optimis terhadap sambutan luar biasa yang akan diterima pada acara berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini melihat kepada maklum balas menerusi platform online yang diterima.
“Persiapan kali ini adalah lebih rapi… perbincangan serta kerja-kerja pelaksanaan turut berlangsung dari awal tahun lagi.
"Justeru, kami menjangkakan dan optimis terhadap sesuatu yang luar biasa akan berlaku khususnya penglibatan dari usahawan PMKS di Sabah.
“Kita ingin memastikan inisiatif yang dibawa melalui Jiwa SME 2023 kali ini akan memberi impak besar kepada mereka terlibat selain perubahan dalam landskap ekonomi di negeri ini khususnya bagi penjelajahan pembukaan,” ujarnya.
Sebagai rekod, persidangan sulung Jiwa SME dianjurkan acara fizikal pada tahun 2019 sebelum beralih sepenuhnya secara virtual ketika era pandemik COVID-19.
Acara ini kemudiannya kembali bertemu orang ramai secara bersemuka pada tahun ini dengan menjelajah ke beberapa buah negeri bertujuan mendekati dengan lebih rapat PMKS dan penonton Astro AWANI.
Haikal Raman
Thu Jul 20 2023
Jiwa SME 2023 akan menyusuri lima lokasi di Malaysia iaitu Sabah (Zon Borneo), Johor Bahru (Zon Selatan), Kelantan (Zon Pantai Timur), Pulau Pinang (Zon Utara), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Zon Tengah).
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Jelajah Jiwa SME 2023 kini bermula, lokasi pertama di Sabah bah!
Usahawan boleh mengakses khidmat nasihat, latihan dan pembiayaan perniagaan melalui semua agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, INSKEN, Bank Rakyat dan SME Bank.