Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjangkakan bilangan pengundi yang rendah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang ditandinginya susulan kebimbingan penularan wabak COVID-19.
Calon Perikatan Nasional (PN) itu berharap lebih ramai daripada jumlah 16,511 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing berdasarkan cuaca yang baik dan bantuan petugas pilihan raya di pusat mengundi.
"Satu-satunya perkara yang membimbangkan ialah beberapa pengundi mungkin tidak keluar mengundi kerana takut dengan pandemik COVID-19 memandangkan peningkatan kes positif dilaporkan di Sabah," kata penyandang kerusi itu kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan pada jam jam 9.50 pagi.
Jeffrey, yang menewaskan abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kubu kuat bekas presiden PBS itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), datang bersama isteri Datin Cecilia Edwin.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan yang membantu pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan melancarkan proses pengundian di pusat tersebut.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari adalah sebanyak 41 peratus.
BACA: Untuk liputan komprehensif PRN Sabah klik di sini!
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah
Kerusi DUN Tambunan menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan Jeffrey, Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu (UPKO), Silverius Bruno (PBS), Damian Richard Marcus Podtung (PCS), Nordin Jaini @ Zaini (PGRS) dan calon Bebas, Jimmy Palikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
Calon kerusi Dewan Undangan Negeri Dun N.39 Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengundi di SK Pekan Tambunan pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.
Persiapan PRU-15 antara perbincangan Majlis Tertinggi PN - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Baki menteri Kabinet Sabah diumum Hajiji minggu depan - Jeffrey
Pengumuman tersebut bagaimanapun akan dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secara berperingkat.
Jeffrey jangka jumlah pengundi DUN Tambunan terjejas akibat COVID-19
Calon Perikatan Nasional (PN) itu berharap lebih ramai daripada jumlah 16,511 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
20 ADUN BN, STAR boikot sidang DUN Sabah esok?
20 ADUN dari BN dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 'bakal' memboikot sidang DUN Khas yang dijadualkan berlangsung di Bangunan DUN Sabah, esok.
Dakwaan terima RM20 juta, Jeffrey Kitingan hadir bantu siasatan di pejabat SPRM
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sabah hari ini.