Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian cemerlang sepanjang 2016 dengan hanya 0.25 peratus daripada 6,093 kes kebakaran yang disiasat tidak diketahui puncanya.
Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata selain peningkatan kualiti pegawai penyiasatan kebakaran dalam menentukan punca kebakaran, angka kematian akibat kebakaran menurun 30 peratus kepada 107 kematian pada tahun lepas berbanding 153 pada 2015.
"Jumlah kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran juga didapati menurun sebanyak 34 peratus iaitu daripada RM4.4 bilion pada 2015 kepada RM2.9 bilion pada 2016.
"Jumlah harta yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran pada 2016 telah meningkat sebanyak 21.4 peratus iaitu daripada RM29.5 bilion kepada RM35.8 bilion," katanya ketika berucap pada majlis perbarisan tahunan 2017 JBPM di sini hari ini.
Wan Mohd Nor berkata sebagai agensi kecemasan, JBPM tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian tahun lepas dan perlu bersedia untuk menghadapi tugas lebih mencabar pada tahun ini.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perbarisan tersebut pula, Wan Mohd Nor berkata 100 peratus kematian akibat kebakaran yang dicatatkan pada tahun lepas berlaku di rumah kediaman.
"Hasil siasatan yang dijalankan terhadap 3,828 kes kebakaran rumah kediaman mendapati bahawa 2,184 kes atau 57 peratus kebakaran rumah berpunca daripada elektrik. Perkara ini perlu dilihat secara serius," katanya lagi.
Sepanjang tahun lepas, JBPM telah menghadiri sebanyak 90,277 panggilan kecemasan dengan 49,785 adalah panggilan kebakaran dan 40,402 panggilan menyelamat, katanya.
"Peratusan menghadiri panggilan kecemasan dalam tempoh kurang 10 minit meningkat daripada 44.49 peratus pada 2015 kepada 45.02 peratus pada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya waktu respons JBPM bertambah baik," katanya.
Pada majlis hari ini juga, Wan Mohd Nor menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 wakil media cetak dan elektronik, 21 pegawai JBPM dan 12 orang awam.
Antara orang awam yang menerima penghargaan ialah penulis novel 'Abang Bomba, I Love You', Azlisha Saadatau. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017
![JBPM catat pencapaian membanggakan pada 2016 JBPM catat pencapaian membanggakan pada 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453534941_JabBombaPenyelamat.jpg)
Sepanjang tahun lepas, JBPM telah menghadiri sebanyak 90,277 panggilan kecemasan dengan 49,785 adalah panggilan kebakaran dan 40,402 panggilan menyelamat. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM
Abdul Wahab berkata, langkah itu perlu bagi mengoptimumkan penggunaan aset dalam tempoh bencana di satu-satu lokasi.
![Satu maut, tujuh cedera, kereta bertembung kenderaan pacuan empat roda Satu maut, tujuh cedera, kereta bertembung kenderaan pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651153018_TBKEMALANGAN.jpg)
Satu maut, tujuh cedera, kereta bertembung kenderaan pacuan empat roda
Seorang maut, tujuh cedera apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kayan, dekat sini, hari ini.
![Bomba siasat punca kebakaran kelab golf Bomba siasat punca kebakaran kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607989423_NorazamKhamis.jpg)
Bomba siasat punca kebakaran kelab golf
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata bangunan dua tingkat di kelab golf itu terbakar di tingkat satu dengan anggaran kemusnahan 30 peratus.
![Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603726523_Lelakiwargaemas.jpg)
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Headwork Parit 12 dekat sini, lewat petang tadi.
![Keadaan Adib menunjukkan perubahan positif - KP Bomba Keadaan Adib menunjukkan perubahan positif - KP Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51543301720_BOMBA.jpg)
Keadaan Adib menunjukkan perubahan positif - KP Bomba
Berdasarkan pemeriksaan dalam paru paru, didapati tahap oksigen di paru-paru Adib memuaskan dan terdapat peningkatan manakala buah pinggangnya betambah baik.
![JBPM catat pencapaian membanggakan pada 2016 JBPM catat pencapaian membanggakan pada 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453534941_JabBombaPenyelamat.jpg)
JBPM catat pencapaian membanggakan pada 2016
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian cemerlang sepanjang 2016 dengan hanya 0.25 peratus daripada 6,093 kes kebakaran yang disiasat tidak diketahui puncanya.
![Kebakaran hutan gambut berhampiran Lebuh Raya Elite terkawal - Bomba Kebakaran hutan gambut berhampiran Lebuh Raya Elite terkawal - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457608890_tanahgambut.jpg)
Kebakaran hutan gambut berhampiran Lebuh Raya Elite terkawal - Bomba
Kaedah penggalian 'fire break' atau penghadang api di sekitar kawasan kebakaran digunakan pihak bomba untuk mengelakkan api daripada merebak.
![Bomba bakal guna teknik pemadaman secara langsung tangani kebakaran hutan Sumatera Bomba bakal guna teknik pemadaman secara langsung tangani kebakaran hutan Sumatera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444918443_KebakaranHutan.jpg)
Bomba bakal guna teknik pemadaman secara langsung tangani kebakaran hutan Sumatera
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dijangka menggunakan lebih banyak kaedah pemadaman secara langsung untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di kawasan Sumatera Selatan.
![Kurangkan aktiviti luar seperti sukan air ketika jerebu - Bomba T'ganu Kurangkan aktiviti luar seperti sukan air ketika jerebu - Bomba T'ganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444045632_Schoolchildrenhaze.jpg)
Kurangkan aktiviti luar seperti sukan air ketika jerebu - Bomba T'ganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengingatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar termasuk aktiviti di air sepanjang keadaan berjerebu ini.
![Bomba Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran hutan tangani jerebu Bomba Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran hutan tangani jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81443937944_DatukWanMohdNorI.jpg)
Bomba Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran hutan tangani jerebu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) sedia membantu Indonesia memadam kebakaran di hutan negara berkenaan yang menjadi punca utama keadaan jerebu rentas sempadan melanda negara ketika ini.