ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan pertambahan kakitangan seramai 1,000 anggota bagi Gred KB19 dan 150 orang pegawai Gred KB29 dan 41 bagi mengisi kekosongan perjawatan di seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia adalah antara usaha jabatan itu untuk memastikan kekosongan jawatan terutama di Bahagian Operasi seperti di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dan pentadbiran yang memerlukan kakitangan di bahagian Zon, diisi sepenuhnya.
Beliau berkata, pihaknya percaya di Kedah sendiri pun ada banyak kekosongan untuk diisi dan mereka yang terpilih akan menjalani kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia selama enam bulan.
"Selepas tempoh itu, mereka akan dihantar untuk penempatan yang biasanya di tempat kritikal yang memerlukan kakitangan yang ramai serta berkualiti tinggi.
"InsyaAllah kita akan laksanakan pada tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Sijil 30 Tahun Perkhidmatan JBPM Kedah di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Dalam majlis itu, seramai 60 pegawai dan anggota dari 19 BBP di negeri ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala 30 pegawai dan anggota menerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan.
Mohammad Hamdan berkata, penganugerahan itu adalah sebagai salah satu elemen untuk menyuntik semangat motivasi kepada semua kakitangan JBPM supaya meneruskan tugas mereka dengan cemerlang.
Beliau berkata, pegawai dan anggota yang berkhidmat hampir 30 tahun atau lebih perlu disantuni untuk memastikan semangat kerja itu tidak hilang dan mereka boleh bekerja dengan lebih bersemangat.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Nov 07 2021
![JBPM akan tambah 1,000 anggota JBPM akan tambah 1,000 anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636282147_kakitangan.jpg)
Mohammad Hamdan hadir pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Sijil 30 Tahun Perkhidmatan JBPM Kedah di Alor Setar hari ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720488921_Wanitajatuhgaungs.jpg)
Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar
Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu.
![Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720448829_ipohjatuhgaung.jpg)
Wanita cedera jatuh gaung ketika turun dari puncak Gunung Korbu
Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter ketika menuruni Puncak Gunung Korbu di sini hari ini.
![Enam jam kaki tersepit di batu sungai Enam jam kaki tersepit di batu sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387834_LelakiTersepit.jpg)
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720306068_nahasduakereta.jpg)
Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
![Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720105938_KLIAGasBocor.jpg)
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
![Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719551181_ular.jpg)
Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan
Mangsa menyertai pendakian yang disertai 40 penuntut bersama dua jurupandu, seorang kakitangan Perhilitan dan tiga ranger komuniti bermula Selasa hingga Ahad ini.
![Remaja OKU ditemukan lemas dalam tasik buatan Remaja OKU ditemukan lemas dalam tasik buatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718985232_RemajaOKUditemuil.jpg)
Remaja OKU ditemukan lemas dalam tasik buatan
Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 17 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah tasik buatan dekat Kampung Tiong Dalam, di sini hari ini.
![Enam buah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran Enam buah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718919251_RumahTerbakar.jpg)
Enam buah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran
Setiba di lokasi, api sedang marak membakar sederet enam buah rumah dua tingkat namun kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
![Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718554923_TBNenekHiilang.jpg)
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.