Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.
Bernama
Sat Jul 27 2013
![Jawi nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula Jawi nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81374656388_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715684184_TBHAJI.jpg)
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
![Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707133685_NaimMokhtar.jpg)
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
![Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707113908_TBDagingCetakan.jpg)
Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS
MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa membenarkan orang Islam memakan daging dihasilkan menerusi cetakan 3D sekiranya ia menggunakan DNA haiwan yang halal.
![Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693562546_TBnaim.jpg)
Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
![Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693206252_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
![Polis buka kertas siasatan kerana 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin Polis buka kertas siasatan kerana 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693812769_Muhyiddin.jpg)
Polis buka kertas siasatan kerana 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat.
![Fatwa politik haram beri undi kepada saya tidak wajar, permain hukuman agama - Suhaizan Fatwa politik haram beri undi kepada saya tidak wajar, permain hukuman agama - Suhaizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693476872_SuhaizanKaiat.jpg)
Fatwa politik haram beri undi kepada saya tidak wajar, permain hukuman agama - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa' bahawa haram memberikan undi kepada beliau sebagai seolah-olah mempermainkan hukum agama demi kepentingan politik.
![PRK: Zahid yakin pengundi Johor tidak terpengaruh 'fatwa politik' Muhyiddin PRK: Zahid yakin pengundi Johor tidak terpengaruh 'fatwa politik' Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693727903_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK: Zahid yakin pengundi Johor tidak terpengaruh 'fatwa politik' Muhyiddin
Muhyiddin semasa sesi ceramah berkenaan dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada Suhaizan, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
![Ajaran Si Hulk difatwakan sesat Ajaran Si Hulk difatwakan sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690096958_DatukWanZahidiWan.jpg)
Ajaran Si Hulk difatwakan sesat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat.