Satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan mengurus operasi pusat khidmat sementara gelandangan di sekitar ibu negara bakal ditubuhkan minggu depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.
Beliau yang melawat pusat gelandangan di Jalan Medan Tuanku di sini berkata jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian.
"Buat masa ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan soal penyelengaraan pusat, manakala pihak NGO akan membantu dari segi pengurusan secara bergilir-gilir," kata Adnan.
Sehingga kini empat NGO iaitu Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen Society, Need To Feed The Need dan Kaseh4U telah menyatakan kesediaan mereka untuk menggunakan pusat tersebut bagi mengedar makanan sambil turut mengguruskannya, katanya.
Adnan berkata selain di Jalan Medan Tuanku, sebuah lagi pusat yang berupa bangunan tiga tingkat sedang dibina di Bulatan Pahang yang mampu menyediakan 250 buah katil untuk golongan gelandangan.
DBKL juga akan membeli seunit lagi bangunan di Chow Kit untuk tujuan sama, katanya.
Bernama
Fri Sep 25 2015
![Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436578535_Gelandangan.jpg)
Jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Larangan guna straw hanya untuk peniaga, pengusaha kedai makan Larangan guna straw hanya untuk peniaga, pengusaha kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527512661_straw.jpg)
Larangan guna straw hanya untuk peniaga, pengusaha kedai makan
Larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Jan 2019.
![Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461997425_OpsBah.jpg)
Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan
Aktiviti perjudian yang dilakukan di pusat hiburan akhirnya terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa pada Sabtu pagi.
![Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436578535_Gelandangan.jpg)
Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh
Satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan mengurus operasi pusat khidmat sementara gelandangan bakal ditubuhkan minggu depan.