IPOH: Kerajaan negeri Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani isu rumah ibadat yang dibina di dalam kawasan gua.
Ia ekoran pengeluaran notis terhadap 14 pengusaha rumah ibadat dalam kawasan gua di atas tanah kerajaan sekitar Mukim Sungai Raya dan Mukim Hulu Kinta.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, notis mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 itu antara lain disebabkan kerja-kerja pembinaan struktur yang semakin aktif tanpa kelulusan di kawasan berkenaan boleh mengundang risiko keselamatan.
"Jika ada kedapatan gua-gua di seluruh negeri Perak ini, maka tindakan sama akan kita ambil, sebab, itu penting.
"Saya sekali lagi sebut, ia bukan soal diskriminasi, bukan soal agama, ia soal keselamatan. Kita bertanggungjawab ke atas itu.
"Jadi, minta tolonglah, jangan ada siapa-siapa pula mengambil kesempatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain menentukan status 14 rumah ibadat berkenaan, jawatankuasa khas itu juga akan memperincikan penetapan syarat-syarat yang perlu dipatuhi di samping mekanisme kawalan terhadap sebarang struktur dan binaan.
Katanya, pencerobohan dan kegiatan pembinaan struktur yang tidak terkawal boleh mengundang ancaman keselamatan termasuk risiko runtuhan memandangkan gua batur kapur sensitif kepada perubahan cuaca.
Ancaman bukan sahaja kepada pengusaha, tetapi juga kepada pengunjung memandangkan kawasan terbabit juga menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan.
Pada Ahad, media melaporkan pihak pengurusan Kuil Nam Thean Tong di Gunung Rapat menerima notis Pejabat Tanah Daerah Kinta pada Jumaat lepas supaya mengosongkan gua berkenaan dalam tempoh 30 hari.
Kuil yang terletak di dalam gua berkenaan dikatakan berusia 155 tahun dan merupakan satu daripada lokasi yang kerap dikunjungi serta terletak bersebelahan Kuil Sam Poh Tong yang merupakan destinasi pelancongan popular.
Pada masa sama, Saarani menjelaskan, kebanyakan rumah ibadat yang terdapat di dalam kawasan gua di sekitar Ipoh tidak lagi diuruskan badan keagamaan.
Sebaliknya, katanya, ia diuruskan entiti perniagaan, sepertimana yang dinyatakan melalui rumusan sebuah buku yang ditulis dua profesor dari Universiti Tunku Abdul Rahman.
Katanya, perkara itu sangat bahaya kerana sebagai entiti perniagaan, sudah tentu mereka akan memikirkan soal keuntungan.
"Dan juga yang paling menakutkan ialah, kita mendapat laporan daripada bomba, pengusaha-pengusaha ini telah mengubah suai dalam gua tersebut.
"Dan pengubahsuaian itu tiada siapa yang kawal dan ia terdedah kepada kemungkinan berlaku runtuhan kerana telah diusik struktur dalamannya.
"Jadi, sebab itu kita kena lakukannya secara sah. Maknanya, mereka kena mohon seperti biasa dan pejabat tanah akan proses, jabatan-jabatan teknikal kena beri laporan kepada kita.
"Kemudian, sebarang usaha pembangunan kena memperolehi Kebenaran Merancang, pengubahsuaian juga kena melalui pelan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Menurutnya, pengusaha berkenaan pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pegawai Daerah Kinta.
Hasilnya, mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama yang akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri mencari jalan mengelakkan kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan ramai.
Sebelum ini, pernah berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan rumah ibadat di sekitar Ipoh, termasuk runtuhan Gunung Cheroh pada Okt 1973 dan di Tokong Perak Tong pada Jan 2009, yang mengorbankan puluhan nyawa dan mencederakan ramai lagi.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 12 2022
SAARANI: Ini bukan soal diskriminasi atau soal agama, ini soal keselamatan, itu yang kita bertanggungjawab. - Foto Astro AWANI
SPU catat jumlah mangsa banjir paling ramai
Daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang antara kawasan yang terjejas teruk apabila seramai 401 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke empat pemindahan banjir sementara (PPS).
Peniaga rugi kedai dibadai ombak kuat
Angin kencang dan ombak besar menyebabkan beberapa kedai dan restoran makanan laut di Bagan Ajam, Butterworth mengalami kerosakan akibat di badai ombak.
Ibu dalam pantang lima hari, dua anak oku diselamatkan
Belum sempat hilang sakit melahirkan anak, terpaksa pula berpindah ke pusat pemindahan banjir.
AWANI Borneo [18/09/2024] - Pendapatan Sarawak dijangka meningkat | Kekang kandungan negatif | Himpunkan 40 usahawan Sarawak
Tumpuan Awani Borneo 18 September 2024 bersama Irfan Faruqi
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo.
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media social.
Showcase Usahawan Sarawak 2024 di Johor Bahru sasar jualan RM10 juta.
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo.
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media social.
Showcase Usahawan Sarawak 2024 di Johor Bahru sasar jualan RM10 juta.
Pegawai imigresen kaunter KLIA dicadangkan tidak guna telefon bimbit - Azam Baki
Ia bagi memastikan sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui 'laluan kaunter khas' tidak berulang.
Bakal jadi pelabuhan dalam sungai pertama di dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan ini akan menggunakan konsep terusan, setelah dasarnya didalamkan
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan SrI Abang Johari Tun Openg membayangkan wilayah itu sekali lagi akan menikmati pendapatan tinggi pada tahun ini
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media sosial
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat kini sering melihat bagaimana kandungan berita yang merosakkan telah membanjiri ruang siber khususnya dalam era penyebaran berita digital terutamanya di media sosial.
30 Belia Sabah terima Watikah Felo SMJ 3.0
30 belia Sabah menerima Watikah Pelantikan Sebagai Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 3.0 daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Photowalk Hari Malaysia 2024 tumpu lokasi bersejarah di Sandakan
Program Photowalk Hari Malaysia 2024 di Sandakan memberi tumpuan kepada heritage trail atau jejak warisan di daerah itu antaranya Masjid Jamek yang tertua di Sandakan dan Gereja St Micheal Church
Jawatankuasa khas status rumah ibadat dalam gua di Perak libatkan parti politik - MB
Wakil dari pemimpin kerajaan dan pembangkang akan terlibat dalam jawatankuasa khas bagi menentukan status rumah ibadat di dalam gua di Perak.
Jawatankuasa khas tentukan status rumah ibadat dalam gua - MB Perak
Kerja-kerja pembinaan struktur yang semakin aktif tanpa kelulusan di kawasan berkenaan boleh mengundang risiko keselamatan.