KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah mengetuai satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan usaha kutipan dana percetakan dan pengedaran sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar arahan itu dikeluarkan pihaknya selepas mesyuarat Kabinet minggu lepas.
Beliau berkata usaha itu memerlukan penyelarasan, bagi memenuhi hasrat yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetak sejuta naskah Al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia.
"Setakat ini, kita tidak letakkan sasaran bagi jangkaan tarikh edarannya. Saya akan tunggu untuk jawatankuasa itu bersidang terlebih dahulu dan mereka akan kemas kini kepada saya, kerana kita perlu lihat usaha ini secara menyeluruh dalam pelbagai aspek sebelum kita tetapkan sasaran," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini hari ini.
Pada 28 Jan lepas, Perdana Menteri berkata Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskah Al-Quran ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu di Sweden.
Sementara itu, mengulas nasihat Mufti Wilayah Persekutuan kepada masyarakat Islam mengenai sambutan Thaipusam, Mohd Na'im berkata ia bertujuan supaya umat Islam tidak terlibat dengam apa-apa ritual agama dalam perayaan berkenaan.
"Itu tidak bermakna umat Islam tidak boleh bersama-sama dengan orang bukan Islam. Bahkan, semangat kesatuan, perpaduan, itu kita galakkan. Jadi dalam konteks ini dan atas nasihat Mufti Wilayah Persekutuan, had di situ adalah orang Islam tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam upacara agama itu," katanya.
Mengenai Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM itu, Mohd Na'im berkata objektif pelaksanaannya adalah bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat, meningkatkan pendapatan dan kelestarian kehidupan.
Katanya pemilihan Kampung Bharu khususnya Masjid Jamek Kampung Bharu sebagai projek rintis plan itu dilihat signifikan dalam membangunkan usahawan asnaf serta usahawan lain di ibu negara menerusi pelbagai inisiatif bagi pembangunan komuniti, sekali gus memanfaatkan prasarana komuniti setempat.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Bharu Datuk Mohd Khay Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
Datuk Mohd Na'im Mokhtar arahan itu dikeluarkan pihaknya selepas mesyuarat Kabinet minggu lepas. - Gambar fail
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jawatankuasa khas selaras usaha cetak sejuta naskah al-Quran ditubuh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah mengetuai satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan usaha kutipan dana percetakan dan pengedaran sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.
Pas percaya rakyat Sweden tolak perbuatan Paludan bakar al-Quran
Pas percaya rakyat Sweden tidak akan menerima dasar dan sikap pemimpin parti politik sayap kanan Denmark-Sweden Rasmus Paludan yang bertindak membakar senaskhah al-Quran pada 21 Jan lepas.
Pembakaran Quran di Xinjiang?
Laporan yang boleh dipercayai menunjukkan penganiayaan Muslim Uighur di Xinjiang -- tetapi hanya dua daripada gambar-gambar ini diambil di China.