KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini ia akan memanggil sekurang-kurangnya empat lagi saksi untuk memberi keterangan termasuk bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata selain Loo, tiga lagi saksi adalah penganalisis Bank Negara Malaysia, dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Beliau berkata demikian ketika hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah bertanya kepada pihak pendakwaan berapa ramai lagi saksi yang akan dipanggil sekiranya saksi pendakwaan ke-46 iaitu bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selesai memberi keterangan.
Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo telah ditahan oleh polis pada 7 Julai untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Hari ini, peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau mahu menangguhkan pemeriksaan balas ke atas Zeti.
Beliau membuat permohonan itu (tangguh pemeriksaan balas) selepas Zeti memberi keterangan bahawa beliau bertemu bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok Ramamurthy sekali, selepas beliau mengambil alih jawatan itu, apabila Cheah Tek Kuang (bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank) memperkenalkan kepadanya semasa kunjungan hormat.
Zeti menafikan dakwaan Muhammad Shafee bahawa Ashok telah menghantar kepadanya kemas kini mengenai akaun Najib.
Beliau mengulangi keterangannya sebelum ini bahawa beliau telah memaklumkan kepada Cheah semasa pertemuan pertama mereka pada 2011 bahawa apa-apa berkaitan dengan akaun Najib harus ditujukan kepada timbalan gabenor BNM ketika itu.
Pada ketika ini, Muhammad Shafee membuat permohonan kepada Hakim Sequerah untuk meminta kenyataan yang didakwa direkodkan oleh SPRM daripada Ashok di Singapura.
Peguam itu kemudian berkata beliau mahu pemeriksaan balas ke atas Zeti dihentikan, sementara menunggu permohonannya.
"Yang Arif, saya ingin menyoal pegawai penyiasat berhubung kenyataan yang didakwa ini. Saya juga mahu memanggil semula Cheah," katanya.
Susulan itu, Ahmad Akram mencelah dengan berkata tiada kenyataan "secara rasmi atau tidak rasmi" yang beliau tahu ketika ini kerana Ashok bukanlah seorang daripada saksi yang dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan itu.
Hakim kemudian meminta Zeti untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi ia akan memanggil sekurang-kurangnya empat lagi saksi untuk memberi keterangan termasuk bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan (foto). - Gambar fail/Sinar Harian
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datu
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19
Perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi diberitahu seorang saksi utama dijangkiti COVID-19.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB GIL ke dalam akaun baharunya.
Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok
Pegawai penyiasat bagi skandal 1MDB dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak, esok.