Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.
Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.
Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.
Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.
Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.
Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.
Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.
Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.
Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017
Jasadnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni Gunung Damavand. - REUTERS
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
KJAM tawan 14 puncak tertinggi negara dalam 87 hari tahun lepas
Pendakian dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung
Masa 'musuh' utama Che Adam tawan tujuh puncak gunung
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berjaya menakluki tujuh puncak gunung di Semenanjung Malaysia dalam tempoh seminggu.
Kebanyakan kuari batu kapur di Perak dimiliki syarikat persendirian - MB
Menteri Besar berkata, industri itu menjadi antara penyumbang ekonomi terbesar di negeri ini.
14 individu ditahan mendaki di Hutan Simpan Gunung Bujang Melaka
Pendakian mereka bermula dari Tanah Milik Sahom Valley Resort di Kampar dan seterusnya ke Batu Dinding berhampiran puncak Gunung Bujang Melaka.
Pengkaji dari China jadi pendaki pertama Gunung Everest tahun ini
Ekspedisi itu bermula selepas China dan Nepal membatalkan sesi pendakian musim bunga, kerana khuatir ahli kumpulan itu dijangkiti COVID-19.
Wilayah Ehime, 'syurga' buat komuniti sukan
Semangat atau kesungguhan mengamalkan budaya hidup sihat adalah sesuatu yang menarik perhatian orang luar dan telah dipupuk sejak dahulu lagi.
Komuniti pendaki terkesan dengan pemergian Dr Chin
Di kalangan komuniti pendaki, kematian Dr Chin, seorang pakar bius di Hospital Besar Ng Teng Fong, Singapura, memberikan impak yang cukup hebat.
Mayat pendaki Eropah ditemui di gunung Nanga Parbat, Pakistan
Daniele Nardi dan rakan sepasukannya Tom Ballard sedang cuba menjayakan pendakian musim sejuk yang sangat jarang dilakukan di gunung setinggi 8,612 meter di Himalaya itu.
Kami hanya pendaki Busut
Apa yang menarik,Team Busut bukan berasaskan keuntungan kerana tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk semua misi pendakian yang dianjurkan.