Jasad pemuda yang lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya karam sewaktu mengail udang di Sungai Muda dekat Kepala Batas Pulau Pinang berjaya ditemukan petang Selasa.
Mayat Muhammad Najmi Mohd Lazim, 22 tahun, dari Kampung Ekor Kucing, Tasek Gelugor ditemui pada jam 2.40 petang tidak jauh dari lokasi kejadian oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Muhammad Najmi bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas mengail udang di sungai terbabit.
Bagaimanapun, bot fiber yang dinaiki mereka bocor menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh ke dalam sungai.
Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang manakala mangsa yang tidak tahu berenang hanya berpaut pada bot namun arus kuat menyebabkan dia tenggelam.
Rakan mangsa berusaha menyelamatkan mangsa namun gagal.
Noorzainy berkata siasatan mendapati ketika kejadian ketiga-tiga mangsa tidak memakai jaket keselamatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 31 2019

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Muhammad Najmi bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas mengail udang di sungai terbabit. - JBPM

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.

Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di Kepala Batas.

KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran
Menurut KPDN Kedah, serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran.

Anak calon bebas PRU15 hilang di taman permainan ditemukan selamat
Anak Sofan Feroza yang dilaporkan hilang ketika pergi ke padang permainan ditemukan dalam keadaan selamat di Kepala Batas.

Lelaki letupkan IED di hadapan rumah jiran kerana marah diperli
Lelaki yang ditahan dipercayai bertindak meletupkan bahan IED itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.

Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.

Bukan kes culik, tapi kes berebut anak - Polis
Polis menafikan berlaku kes culik kanak-kanak di hadapan sebuah sekolah di Kepala Batas seperti yang tular di media sosial sejak Khamis.

Projek sakit SMK Bandar Putra Bertam dijangka siap hujung tahun ini - Reezal Merican
Ketika ini terdapat empat projek lewat siap dan dua projek sakit di Pulau Pinang termasuk SMK Bertam Putra.

'Alat muzik lama' didakwa punca 25 pelajar sekolah diserang histeria
Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas mendakwa ternampak lembaga hitam.

Pekerja kilang maut kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah
Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal.