KEPALA BATAS: Polis mengesahkan insiden seorang murid perempuan yang dilarikan di hadapan sebuah sekolah, di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat bukan kes culik sebaliknya ia adalah kes perebutan anak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad memaklumkan insiden berkenaan bukanlah kes culik seperti yang didakwa dalam satu video tular di media sosial.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita pada jam 1.30 tengah hari Khamis, yang memaklumkan cucunya berusia sembilan tahun dilarikan bekas menantunya dengan menaiki sebuah kereta.
Mohd Radzi berkata, kejadian berkenaan tersebut menjadi tular dan orang ramai menyangka ia adalah kejadian culik.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan ia sebenarnya melibatkan kes perebutan anak (mangsa).
“Dalam kejadian itu, pengadu (nenek mangsa) yang mengalami kecederaan datang ke balai polis untuk membuat laporan bagi siasatan selanjutnya.
“Kes perebutan hak penjagaan kanak-kanak itu berlaku sejak ibu bapa mangsa berpisah pada 2013 dan proses tuntutan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Radzi berkata, suspek turut membuat laporan polis menyatakan mangsa kini selamat berada di bawah jagaannya dan menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam serta polis bagi menjalankan siasatan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan beliau turut menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berkaitan video yang telah tular.
Sebelum ini, tular dua klip video masing-masing berdurasi satu minit 30 saat yang dimuatnaik seorang pemilik akaun Facebook di media sosial berhubung insiden berkenaan.
Video pertama memaparkan seorang wanita tersembam di atas jalan ketika cuba berlari mendapatkan semula cucunya yang ketika itu ingin dibawa lari bekas menantunya dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam.
Manakala video kedua pula memaparkan suami wanita itu turut pergi ke arah kereta terbabit untuk menghalang bekas menantunya membawa lari kanak-kanak berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 30 2022

Polis mengesahkan insiden seorang murid perempuan yang dilarikan di hadapan sebuah sekolah, di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat bukan kes culik sebaliknya ia adalah kes perebutan anak. - Foto Sinar Harian/media sosial
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Gara-gara ditinggalkan, wanita culik bekas teman lelaki
Polis berjaya menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki warga Sri Lanka dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan pada 28 Februari lalu.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas.

'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.