KUALA LUMPUR:Seorang Ahli Parlimen hari ini bangkit mempertahankan kewujudan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan bukan berperanan sebagai 'cybertrooper' atau lasykar siber.
Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang merupakan bekas pegawai jabatan itu berkata, sebaliknya, JASA adalah sebuah jambatan gerak saraf yang diwujudkan 40 tahun lepas bagi menyalurkan maklumat kepada kerajaan.
"Memang saya terkesan dengan komen rakan-rakan tentang JASA memandangkan JASA bukanlah cybertrooper. Saya tidak akan menjadi Ahli Parlimen sekiranya saya bekerja untuk menjadi cybertrooper ketika berada dalam JASA," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata, pemansuhan JASA sebelum ini juga telah menyebabkan ramai individu berdepan kehidupan yang sukar.
"Ada yang menjadi pembancuh simen, ada juga saya jumpa rakan-rakan JASA di Parlimen yang bekerja sebagai tukang hidang minuman sedangkan mereka mempunyai ijazah. Ada juga pegawai JASA yang menghampiri tugas 15 tahun telah diberhentikan sedangkan mereka hanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan," katanya.
BACA: "JASA pengampu, tukang karut" - Akmal Nasir
Berkongsi pengalaman, Lukanisman berkata, JASA pernah ke Ba'kelalan, Sarawak bagi membina sebuah padang futsal memandangkan fasiliti berkenaan diperlukan masyarakat di kawasan itu.
Malah, beliau sendiri pernah terlibat menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul maklumat untuk disampaikan kepada kerajaan.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan Ketua Pengarah JASA yang baharu perlu dilantik dalam kalangan pegawai tadbir dan diplomatik dan bukan ahli parti politik atau yang mempunyai kepentingan tertentu.
Selain itu, peruntukan yang diberi kepada jabatan itu melalui Belanjawan 2021 juga diharap dapat digunakan untuk membantu rakyat.
Sementara itu, Baru Bian (PSB-Selangau) sebaliknya, berpendapat. peruntukan RM85.5 juta yang disalur kepada JASA adalah lebih baik digunakan untuk menyambung rangkaian internet bagi 830 sekolah di Sarawak.
"Adalah tidak masuk akal untuk kerajaan memberikan peruntukan yang begitu besar kepada agensi kerajaan yang menjadi alat propaganda parti memerintah," katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu.
Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Lukanisman Awang Sauni berkata, JASA adalah sebuah jambatan gerak saraf yang diwujudkan 40 tahun lepas bagi menyalurkan maklumat kepada kerajaan. - fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

JASA bukan 'cybertrooper' - Ahli Parlimen
Seorang Ahli Parlimen mempertahankan kewujudan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan bukan berperanan sebagai 'cybertrooper' atau lasykar siber.