ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, dekat Pulau Pinang.
Pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu menerusi sistem 'Notification of Pollution Event' (NPE) Tahap 1 pada 11 pagi, Jumaat lepas.
"Maklumat bacaan bagi parameter amoniakal nitrogen (NH3-N) yang direkodkan adalah 2.91152 miligram seliter (mg/L) dan melebihi had yang ditetapkan. Sehubungan itu, sepasukan pegawai penyiasat daripada Cawangan Kulim telah digerakkan bagi mengesan punca pencemaran.
"Semakan rekod inventori dan siasatan di lapangan meliputi kawasan hulu Sungai Kulim kemudiannya telah dijalankan, dan hasilnya menemukan aliran air berwarna hitam dari Sungai Air Merah yang terletak bersempadan antara Kedah-Pulau Pinang telah memasuki Sungai Kulim," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan penyiasat kemudian telah menyusuri Sungai Air Merah dan melakukan pemantauan menggunakan dron di sepanjang sungai berkenaan.
"Pemantauan melalui dron di sepanjang Sungai Air Merah telah mengesan punca pelepasan air hitam itu yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen atau air sisa daripada aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu.
"Pemeriksaan di sekitar kawasan penternakan khinzir menemukan beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim. Jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim adalah tiga kilometer (km)," katanya.
Menurut Sharifah Zakiah terdapat Loji Rawatan Air Toh Allang di Sungai Kulim (di Pulau Pinang) yang membekalkan air bagi Pulau Pinang dan loji itu terletak kira-kira tujuh km dari pertemuan Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Beliau berkata hasil siasatan itu telah dimaklumkan kepada JAS Pulau Pinang untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang seperti Jabatan Veterinar dan Badan Kawal Selia Air.
"Semua pihak digesa untuk tidak melakukan pencemaran sungai kerana ia boleh menyebabkan loji air ditutup dan menjejaskan bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
![JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708230679_sharifahzakiahsyed.jpg)
Sharifah Zakiah berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu menerusi sistem 'Notification of Pollution Event' (NPE) Tahap 1 pada 11 pagi, Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi hari ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste untuk Lembaga 'Centro Nacional Chega!' (CNC). Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
![Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719896591_Trelerterbabas.jpg)
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
![JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708230679_sharifahzakiahsyed.jpg)
JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir.