KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat beberapa ketetapan baharu berhubung aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di sini, Putrajaya dan Labuan, termasuk penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada satu meter.
Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan berkenaan berkuat kuasa bermula waktu Maghrib hari ini dan perkara berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mohd Ajib berkata selain itu, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas serta warganegara asing yang mendapat vaksin lengkap turut dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.
"Dibenarkan kepada murid tadika dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri kelas pengajian yang beroperasi dalam premis masjid dan surau berpandukan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah.
"Dibenarkan majlis sosial seperti kenduri, majlis sambutan perayaan, majlis perkahwinan, majlis aqiqah serta lain-lain majlis sosial untuk diadakan di dewan masjid dan surau bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua kebenaran berkenaan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021

Penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada satu meter. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat disiplin kawalan kendiri
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes.

COVID-19: Kelonggaran SOP bukan satu titik akhir perjalanan
Kelonggaran ini bukan titik akhir perjalanan, sebaliknya satu permulaan dalam perjuangan sebenar menentang COVID-19.

Solat tarawih berjemaah dibenar tanpa penjarakan fizikal, 'aura' Ramadan kembali dirasai
Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan 'aura' Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini.

Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal
Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal.

TH sambut baik keputusan Arab Saudi tarik balik beberapa sekatan COVID-19
Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19.

Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB
Jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Fasa peralihan endemik: Solat jemaah di surau, masjid di Terengganu dibenarkan tanpa penjarakan fizikal
Kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau, dengan syarat kehadiran bersama ibu bapa.

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau, rumah ibadat lain bermula 1 April - Perdana Menteri
Bermula 1 April 2022, aktiviti solat Jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Had kapasiti pekerja, majlis keramaian dimansuhkan - Ismail Sabri
Semua individu dibenarkan ke tempat kerja dan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi.

PRN Johor: KKM syor beri kelonggaran penceramah dibenar buka pelitup muka - Khairy
Bagaimanapun, kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dibenarkan, sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang sesuai dalam aktiviti berkempen.