Barisan Nasional (BN) akan meneruskan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Kuala Besut.

Itu janji calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (gambar) untuk menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan itu.

Antaranya menerusi peningkatan infrastruktur dan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Bagi anak tempatan ini, beliau ingin melihat Kuala Besut dibangunkan sejajar dengan aspirasi untuk melihat kawasan itu lebih maju khususnya dalam bidang pelancongan.

“Sebagaimana yang kita tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian kita tahu pulau ini merupakan 13 pulau tercantik dunia kita akan selaras kemudahan asas di Kuala Besut merupakan gateway selaras ke arah bertaraf lebih tinggi mungkin bertaraf dunia,” kata Tengku Zaihan.

Sementara itu, selaras dengan harapan Pas untuk seri dengan BN iaitu 16:16, calon, Azlan Jusoh berharap kemenangan berpihak kepadanya agar dapat mewujudkan “check and balance” dalam kerajaan negeri.

“Kalau kita menjadi kerajaan kita banyak boleh membantu kalau jadi kerajaan tapi seandainya tidak jadi kerjaan Che Long akan berusaha membantu semampu Che Long untuk membantu seperti yang Che Long buat Che Long akan meningkat lagi InsyaAllah.”

Biarpun kedua calon cukup yakin dengan peluang kemenangan pada pilihan raya kecil ini, namun akhirnya pilihan terletak di tangan 17 ribu 683 pengundi di Kuala Besut.