Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas merupakan kata-kata terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, kepada anak sulungnya Mikhail Adam Riaz, 11, sebelum terkorban dalam nahas pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Hawk 108 di Chukai, Terengganu ketika menjalani sesi latihan pagi Khamis.
Mikhail yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, beliau tidak menyangka solat berjemaah selepas bersahur awal pagi itu merupakan detik-detik akhir mereka sekeluarga bersama.
"Selepas sahur kami bersolat Subuh bersama-sama dan ayah menjadi imam seperti biasa setiap kali balik ke Kuantan. Itu kali terakhir saya berjumpa ayah sebelum menyambung tidur.
"Beliau tidak ada pesan cuma dia ada kata hendak membawa adik-beradik membeli baju raya untuk menyambut Aidilfitri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ayahnya itu melalui panggilan telefon kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis.
Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan terutama apabila mengenangkan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Milkhail tetap menanam cita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya sebagai juruterbang pesawat pejuang.
Sepanjang berada di perkarangan Unit Forensik HTAA, Mikhail beberapa kali tidak dapat menahan rasa sedih dan menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh perasaan dengan keadaan itu.
Keadaan itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dan turut mengalirkan air mata.
Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 Mejar Yazmi Mohamed Yusof TUDM, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira 11.30 pagi semalam ketika sedang menjalani sesi latihan.
Jasad kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dalam keadaan lengkap berpayung terjun di kawasan hutan berpaya berhampiran Chukai, Kemaman kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2017

Mikail Adam Rias Yazmi, 11, iaitu anak kepada Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditenangkan ibu saudaranya Rozwani Ozair semasa menunggu jenazah ayahnya dibedah siasat. - Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak bongsu daripada empat beradik itu pada Selasa lalu.

Janji beli baju raya kata-kata akhir ayah - Anak sulung Mejar Yazmi
Janji untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas merupakan kata-kata terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof.