Jumlah pelajar yang dijangkiti virus Influenza Like Illness (ILI) di negeri Perak terus meningkat ke 465 kes setakat Isnin berbanding 438 hari sebelumnya.
Terbaru, sebanyak 27 kes jangkitan virus baharu dilaporkan melibatkan 25 kes dari Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, satu kes dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu kes dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sejak semalam (Sabtu), hanya satu kluster baru melibatkan Sekolah Izuddin Shah, Ipoh dilaporkan.
“Pecahan bagi kesemua kes, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) telah meningkat ke 115 kes, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah sebanyak 226 kes, Kolej Vokasional Slim River kekal di 13 kes dan SK Klebang Jaya juga kekal 3 kes, SMART meningkat ke 83 kes dan 25 kes dicatatkan di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Jelas beliau, sebanyak 14 kes baru telah diasingkan ke dalam bilik sekolah masing-masing sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pengasingan seluruh negeri sebanyak 287 kes.
Tambah Dr Mah, tiada kes baharu melibatkan pelajar dimasukkan ke dalam wad dan setakat Isnin, tiga kes telah didiscaj masing-masing dua kes di Hospital Slim River dan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang.
“Sehingga kini, sampel yang telah disahkan menunjukkan keputusan empat sampel positif Influenza A (H3) dan sembilan kes positif Influenza B,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Mar 13 2017

Antara pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang diasingkan setelah dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI) pada 10 Mac lalu. - Bernama

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Influenza A: Tiada keperluan halang aktiviti sukan - Mahdzir
Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk S

Jangkitan virus ILI di Perak meningkat ke 465 kes
Sebanyak 14 kes baru telah diasingkan ke dalam bilik sekolah masing-masing sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pengasingan seluruh negeri sebanyak 287 kes.

Influenza A (H3): 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikuarantin
Bagaimanapun, Mah tidak menetapkan sebarang tempoh kuarantin sebaliknya kesemua pesakit akan dipantau sehingga pulih sepenuhnya.