KUCHING: Sebanyak 15 kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak sejak 1 Jan hingga 7 Ogos lepas dengan 13 daripadanya menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck berkata jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.
"Kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 70 kes dengan 63 kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, daripada keseluruhan jumlah kes setakat tahun ini, lima daripadanya dilaporkan di Bahagian Sibu, Bahagian Serian (empat), Bahagian Kuching (tiga), Bahagian Bintulu (dua) dan satu kes di Bahagian Samarahan.
"Sebanyak 11 kes yang dilaporkan pada tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala dua kes tidak mempunyai sejarah pendedahan yang jelas," katanya.
Dr Ooi berkata untuk kes yang mempunyai sejarah gigitan anjing dan cakaran kucing, sebanyak lapan kes atau 61.54 peratus didapati tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicakar oleh haiwan berkaitan.
Susulan peningkatan kes rabies ini, beliau meminta orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan dan klinik pascagigitan juga telah ditubuhkan di 64 kemudahan kesihatan awam dan 29 fasiliti swasta di seluruh negeri itu, selain 11 hospital untuk memberikan suntikan Rabies Immunoglobulin.
Beliau meminta sesiapa yang digigit, dicakar haiwan atau terkena air liur haiwan yang disyaki dijangkiti rabies agar segera mencuci bahagian badan mereka yang terkesan dengan air yang mengalir dan mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.
Menurutnya, rabies merupakan penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus rabies yang terdapat dalam air liur haiwan yang dijangkiti dan manusia terdedah kepada jangkitan rabies melalui gigitan atau kontak langsung dengan air liur haiwan yang dijangkiti.
"(Jangkitan berlaku) sama ada melalui luka atau lapisan mukosa tubuh. Ini termasuklah kesan cakar oleh kucing peliharaan atau kucing liar (dan) boleh menyebabkan kematian sekiranya jangkitan itu (dalam kalangan manusia) merebak ke otak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Rabies merupakan penyakit sistem saraf disebabkan jangkitan virus rabies dalam air liur haiwan dijangkiti dan manusia terdedah kepada jangkitan rabies melalui gigitan atau kontak langsung dengan air liur haiwan dijangkiti. -Gambar fail/Reuters
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan
Jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.