Kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu.
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.
"Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B dan C tetapi kita tidak spesifik untuk satu-satu influenza sahaja untuk dipantau.
"Pemantauan kita menyeluruh selagi ia melibatkan penyakit pernafasan dan selesema," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Dr Aman ditemui selepas menyertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar melakukan Ops Penguatkuasaan Larangan Merokok di beberapa buah kedai makan di Bandar Baru Uda.
Semasa ditanya sama ada pihaknya ada merekodkan kes wabak penyakit yang melanda China ketika ini, Dr Aman berkata tiada laporan diterima setakat ini.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah membuat saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengenal pasti pelancong atau individu dari negara berkenaan yang mempunyai simptom demam.
"Sekiranya ada (kes individu mempunyai simptom), kita buat siasatan lanjut dan kuarantin sekiranya perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
![Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578433506_MohdKhuzzanAbuBakar.jpg)
Dr Aman Rabu (berdiri, tiga kanan) bersama Mohd Khuzzan (berdiri, dua kanan) mengedarkan risalah mengenai kesalahan merokok di premis makan sekitar Bandar Baru Uda, 7 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670729246_Telegram.jpg)
Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam
Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang.
![COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615242382_PasarBorongPandan.jpg)
COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
![COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591871701_COVID.jpg)
COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup
Semua premis diarah tutup dengan kadar segera selain turut kerja-kerja sanitasi dilaksanakan secara berkala demi menjamin kesejahteraan bersama.
![63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP 63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598186802_AdhamBaba.jpg)
63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP
Bantuan TBP disediakan kepada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan.
![JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581600429_Covid.jpg)
JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam
Dr Aman Rabu memaklumkan bahawa terdapat satu kenyataan tular yang memaparkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah terhadap seorang kontak pesakit COVID-19.
![120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng 120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445338909_SakitPerut.jpg)
120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng
Kesemua pelajar itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
![Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578433506_MohdKhuzzanAbuBakar.jpg)
Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.