Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan memandang serius pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
Tegas beliau, kerajaan tidak akan membiarkan pencerobohan itu berterusan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
Menurut Najib, kerajaan akan memastikan langkah sewajarnya diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara dan mengusir kumpulan itu keluar dengan segera.
Najib juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino III baru-baru ini yang memberi amaran kepada kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.
"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.
Najib juga berpendapat kumpulan bersenjata itu sepatutnya menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia iaitu keluar dari kawasan terbabit secara baik dengan secepat mungkin, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, kerana apa yang mereka lakukan adalah salah.
"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius," katanya.
Jelas Najib, lebih lama kumpulan bersenjata itu kekal di kampung berkenaan mereka akan terdedah kepada bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka.
Tegas Najib, apa yang menjadi fokus utama pihak berkuasa sekarang ialah menjamin keselamatan penduduk di kawasan terlibat serta memberi jaminan langkah sewajarnya diambil untuk memperketat keselamatan Sabah.
Kumpulan bersenjata itu yang dianggarkan berjumlah lebih180 orang mengaku sebagai pasukan tentera Kesultanan Sulu. Mereka diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan tersebut lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.
Perdana Menteri ditemui selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di Pekan.
Astro Awani
Fri Mar 01 2013
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.