KUALA NERANG: Penduduk luar bandar di negeri ini dinasihatkan tidak terburu-buru mengusahakan penanaman pokok ketum di kawasan tanah milik mereka walaupun ada cadangan agar daun ketum dibenarkan dieksport ke luar negara bagi tujuan perubatan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penduduk sebaiknya perlu menunggu keputusan rasmi kerajaan persekutuan berkaitan perkara berkenaan yang setakat ini belum ditentukan.
"Kita boleh menjadi seorang yang positif dan progresif dalam urusan berkaitan dengan ketum tapi kita tunggulah sampai keputusan dibuat kerajaan.
"Jadi kalau kata keputusan kerajaan nanti, jika dibenarkan (eksport daun ketum) barulah kita, bertindak mengikut lunas undang-undang ditetapkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan berita mengenai kegiatan penanaman ketum yang didakwa berleluasa selain terdapat pembukaan kebun atau ladang ketum baharu negeri ini khususnya di daerah Padang Terap.
Mahdzir berkata penanaman pokok ketum oleh penduduk luar bandar khususnya di daerah ini sudah lama dijalankan namun beliau menolak dakwaan terdapat kebun atau ladang baharu dibuka.
Menurutnya, apabila terdapat cadangan agar daun ketum dibenarkan dieksport penduduk luar bandar atau penanam ketum melihatnya sebagai peluang untuk untuk mengusahakan tanaman tersebut.
"Jadi ia bukanlah pertambahan tapi apabila ada perkhabaran-perkhabaran baik walaupun belum tentu lagi kepastian ataupun kelulusan tapi pada mereka ia dianggap sebagai positif, jadi dia betulkan (menguruskan semula) ladang-ladang dia (yang sebelum ini tidak diuruskan)," katanya.
Dalam isu lain, Mahdzir berkata Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah menyalurkan bantuan persekolahan kepada 53,741 pelajar di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta pada tahun lalu.
Katanya, bantuan itu antaranya melibatkan bantuan kewangan secara sekali beri barangan dan kelengkapan persekolahan yang disumbangkan kepada pelajar kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan.
"Bagi tahun ini, kita jangka jumlah peruntukan bantuan YPM yang sama akan disalurkan kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penduduk sebaiknya perlu menunggu keputusan rasmi kerajaan persekutuan berkaitan perkara berkenaan yang setakat ini belum ditentukan. - Gambar fail/Astro AWANI
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.