Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar tindakan adaptasi dan mitigasi perlu dirintis serta dilaksanakan secara serius demi menjamin kelestarian alam sekitar.
Prihatin terhadap ancaman perubahan iklim dan pemanasan global yang dihadapi dunia ketika ini, baginda bertitah setiap minit tertangguhnya usaha menangani isu alam sekitar akan meningkatkan ancaman terhadap kehidupan, kesihatan serta masa hadapan alam.
Baginda bertitah perubahan iklim dan pemanasan global berlaku akibat daripada pembangunan fizikal yang dilaksanakan secara tidak seimbang hingga ke peringkat yang tidak lagi dapat memelihara kelestarian alam sekitar.
"Keadaan bertambah meruncing dengan berlakunya pelbagai projek pembangunan yang melibatkan kawasan tanah gambut, pembalakan tidak terkawal, pembakaran berskala besar," titah baginda ketika merasmikan sambutan Hari Landskap Negara peringkat negeri Perak di Laman Budaya Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Sultan Nazrin bertitah, kesungguhan China, India dan Ethiopia dalam menjaga kelestarian alam sekitar termasuk penanaman pokok secara giat hendaklah dijadikan teladan kerana pokok berperanan membantu membendung perubahan iklim dan pemanasan global, melindungi sumber air, meminimumkan hakisan tanah, mengawal banjir serta menapis dan meningkatkan kualiti udara.
"Tanpa pokok tidak akan adanya hutan. Tanpa pokok dan hutan akan hilang segala manfaat rimba raya, berkurang spesies tumbuhan dan haiwan, rosak habitat semula jadi, terputus sistem rantaian makanan dan terancam kehidupan manusia," titah Sultan Perak.
Baginda turut menarik perhatian mengenai budaya orang Melayu terutamanya di desa satu ketika dahulu yang menanam sebatang pokok menandakan kelahiran seorang bayi, sama ada pokok pisang, pinang atau buah-buahan.
Baginda bertitah amalan itu tanpa disedari telah menyeimbangkan sistem ekologi secara semula jadi kerana manusia menyedut oksigen dan melepaskan karbon dioksida, sementara pokok menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut memuji komitmen Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempromosikan program melestarikan alam sekitar dengan menanam 633 pokok sekitar kawasan Majlis Daerah Kuala Kangsar sejak dua bulan lepas dan bertitah agar ia dijadikan ikutan oleh pelbagai pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Bermula daripada 633 pokok yang ditanam pada Januari 2020, semoga dapat mencecah angka 10,000 pokok di Kuala Kangsar dan mencecah 100,000 pokok di seluruh negeri pada Januari 2021.
"Merimbunkan kehijauan di Bandar Diraja ini dan menghijaukan seluruh negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah menjadi tanggungjawab kita bersama, " titah baginda. -BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
Sultan Nazrin Shah bertitah agar tindakan adaptasi dan mitigasi perlu dirintis serta dilaksanakan secara serius demi menjamin kelestarian alam sekitar. - Foto sultannazrinshah.com
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.
Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai - Aktivis
Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai.
Indonesia-UAE kerjasama memerangi pencemaran plastik di sungai
Kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan serta aktivis alam sekitar dan masyarakat juga amat penting.
Kemelut perubahan iklim tidak akan selesai jika dunia bersikap 'egosentrik' - Jokowi
Perubahan iklim memerlukan penyelesaian melalui usaha kerjasama yang melibatkan semua pihak di peringkat global.