Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyorokkan bekalan barangan basah hingga menyebabkan kenaikan harga di pasaran.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kekurangan bekalan, malah menyebabkan pengguna panik dan menyalahkan kerajaan.
"Peniaga hari ini memaklumkan kepada saya bahawa bekalan ikan dan hasil laut lain mencukupi, cuma ada pihak yang sorok bekalan berikutan musim perayaan.
"Mereka perlu menghentikan kegiatan itu kerana ia boleh menjejaskan pendapatan harian peniaga. LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) memandang serius perkara ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Tani Saujana Utama di sini pada Sabtu.
Irmohizam berkata laporan media baru-baru ini mengenai kenaikan harga barangan basah dan sayur-sayuran turut berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Menurut laporan itu, harga beberapa jenis ikan naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram berikutan kekurangan bekalan bahan mentah selain faktor kenaikan harga minyak.
Bagaimanapun Irmohizam berkata kenaikan harga itu tidak berlaku.
Menurutnya, bekalan ikan adalah mencukupi dan LKIM juga telah mengaktifkan sebanyak 145 tan metrik stok ikan sejuk beku.
"Ikan sejuk beku ini berkualiti dan dijual pada harga berpatutan. Saya harap promosi ikan sejuk beku ini dilakukan secara besar-besaran," katanya.
Dalam tinjauan di pasar tani berkenaan, Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor turut mengedarkan risalah Kempen Bebas Plastik dan larangan penggunaan produk berasaskan polisterin di pasar tani di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017

IRMOHIZAM: LKIM memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyorokkan bekalan barangan basah hingga menyebabkan kenaikan harga di pasaran. - Gambar fail
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

WTCKL galak pekerja, pengunjung pakai pelitup muka
WTCKL akan melakukan proses sanitasi di kawasan yang disentuh dan semua kemudahan yang disediakan secara lebih kerap.

WTCKL anjur RESONEX, jangka 15,000 pelawat
RESONEX sedang mendekati lebih 200 syarikat peruncitan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hingga kepada syarikat multinasional.

Irmohizam individu pertama dilantik Duta Jenama AAGBS, UiTM
UiTM berkata, Irmohizam merupakan alumni AAGBS, dan berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan yang dianugerahkan pada 2020.

Irmohizam dipapar dalam 100 Tokoh Awam Terbaik Dunia di China
Irmohizam berharap untuk menjalin kolaborasi di masa hadapan memandangkan pembukaan sempadan antarabangsa bakal dilaksanakan pada April.

Fasa Peralihan Endemik: WTCKL sambut baik keputusan kerajaan, industri BE dan MICE dijangka pulih
Peralihan fasa pandemik ke endemik bermula 1 April depan sudah tentu melegakan ramai pihak apabila semua sektor bakal beroperasi seperti biasa.

WTCKL hargai sumbangan buah-buahan FAMA kepada petugas barisan hadapan
Irmohizam menzahirkan ucapan terima kasih kepada FAMA dan Ketua Pengarahnya, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli atas sumbangan tersebut dan lawatan beliau ke PPV berkenaan.

Penyedia perkhidmatan pameran mohon kerajaan benarkan program dianjur dalam norma baharu
Mereka berharap kerajaan memberi kelonggaran terhadap penganjuran program dan majlis dengan menekankan penerapan amalan norma baharu.

Dr Irmohizam, 11 yang lain dilantik sebagai ahli MPPN
Mereka yang dilantik bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Ronald Kiandee dalam mengenal pasti isu berkaitan sekuriti makanan serta sektor pertanian dan industri makanan.

Dialog TN50 permulaan terbaik corak masa depan negara - Irmohizam
Dialog Perdana TN50 adalah platform untuk generasi hari ini memberikan visi masa depan yang diimpikan, kata anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Jangan sorok bekalan barangan basah - LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyorokkan bekalan barangan basah hingga menyebabkan kenaikan harga di pasaran.