KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) meluluskan penganjuran perdagangan RESONEX 2022, yang merupakan projek perintis untuk kerjasama pertama antara penyedia tempat dan penganjur pameran.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, WTCKL akan menjadi penganjur bersama RESONEX dan menawarkan rangkaian yang luas untuk menjayakan acara tersebut.
Jelas beliau lagi, RESONEX sedang mendekati lebih 200 syarikat peruncitan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hingga kepada syarikat multinasional.
"Secara keseluruhan 300 reruai dan ia bertujuan untuk mengumpulkan pelawat dari dalam negara dan antarabangsa berjumlah 15,000 pelawat serta delegasi.
"Di samping itu, lebih daripada 100 peruncit daripada Persidangan Perniagaan Halal dan Global melibatkan lebih lapan negara. Kami yakin ini akan menjadi pameran paling menarik di Malaysia pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.
Irmohizam menambah, Ekspo Perdagangan Malaysia China (MCTE) turut dijadual mengadakan pamerannya pada masa yang sama dengan penganjuran RESONEX.
Menerusi penganjuran kedua-dua acara tersebut, beliau yakin ia mampu merancakkan industri Acara Perniagaan Malaysia, sekali gus memulakan semula hubungan pameran Malaysia dengan pasaran China selepas lebih dua tahun tergendala akibat COVD-19.
"Secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan peluang pelaburan Malaysia, pelancongan tempatan, hotel, makanan dan minuman, membeli-belah, serta pengangkutan," katanya.
Pada 2019, WTCKL telah menganjurkan sekitar 30 pameran niaga-ke-niaga (B2B) termasuk dari industri perabot, jentera, perubatan, kimia, serta kecantikan.
Astro Awani
Tue Aug 16 2022

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (lima dari kanan) berkata, WTCKL akan menjadi penganjur bersama RESONEX dan menawarkan rangkaian yang luas untuk menjayakan acara tersebut - Foto/WTCKL
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

WTCKL anjur RESONEX, jangka 15,000 pelawat
RESONEX sedang mendekati lebih 200 syarikat peruncitan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hingga kepada syarikat multinasional.