KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa individu yang belum divaksin terutamanya warga emas dan yang mempunyai komorbiditi supaya tidak memperjudikan nyawa mereka agar segera mendapatkan vaksin untuk perlindungan maksimum terhadap COVID-19.
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata walaupun gejala COVID-19 dengan varian Omicron kebanyakannya ringan, ia tidak selalu berlaku, apatah lagi jika sistem imun semula jadi seseorang itu lemah.
"Masih ada kemungkinan gejala yang teruk apabila dijangkiti virus, walaupun mereka telah divaksinasi, apatah lagi mereka yang belum menerima suntikan utama," katanya dalam kenyataan di sini.
Dr Koh juga mengingatkan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi supaya tidak berlengah lagi dan berjumpa doktor keluarga mereka jika mempunyai sebarang ketidakpastian.
Koh berkata langkah ProtectHealth menyediakan perkhidmatan vaksin di rumah kepada warga emas yang tidak dapat pergi ke pusat vaksin amat dihargai namun mungkin sudah terlambat bagi orang ramai menggunakan perkhidmatan ini dalam masa yang singkat.
"Walaupun warga emas itu mungkin berada di rumah sendiri atau pusat jagaan, penjaga perlu hadir semasa vaksinasi," katanya.
Selain itu, katanya bukti telah menunjukkan mereka yang telah divaksinasi dengan dua dos vaksin Sinovac memerlukan dos penggalak untuk memastikan tahap imuniti yang mencukupi terutamanya mereka yang berumur serta yang mempunyai komorbiditi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi diingatkan supaya tidak berlengah lagi dan berjumpa doktor keluarga mereka jika mempunyai sebarang ketidakpastian. - Gambar hiasan/Bernama
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.

Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik
Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.

Akta Kawalan Merokok demi kesihatan awam, bukan kepentingan industri - Green Lung
Semua pihak diseru menghormati penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan memahami bahawa langkah-langkah ini diambil demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.

Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tanah runtuh: IWK ambil langkah mitigasi di loji rawatan kumbahan
IWK Sdn Bhd telah mengambil langkah mitigasi segera di STP IWK di Taman Wawasan, Puchong susulan tanah runtuh baru-baru ini berikutan hujan lebat Sabtu lepas.