Semua pihak diseru supaya tidak memanjangkan lagi perbincangan mengenai insiden yang berlaku di Taman Medan kerana ia melibatkan isu sensitif.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak semua perkara boleh dipanjangkan dan disebarluaskan kerana ia hanya mengundang keburukan kepada semua pihak.
“Saya merayu kepada semua (agar tidak memanjangkan isu ini), kerana ada perkara yang kita boleh panjangkan, boleh kita sebar luaskan tetapi isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama ini kita jangan main-main.
“Jadi janganlah kita mainkan sentimen-sentimen yang sengaja memanaskan situasi ini, ini tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa,” ujar beliau dalam satu sidang media di Bukit Aman di sini, pada Selasa.
Khalid menjelaskan, pihak polis tidak mengambil sikap berdiam diri atas setiap laporan yang diterima tetapi akan melakukan siasat dengan kadar segera.
Berkenaan insiden di Taman Medan itu, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kerajaan negeri dan pihak polis Selangor dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
“Saya memberi jaminan di sini bahawa setiap laporan polis yang dibuat akan kita siasat, tapi biarlah pihak berkuasa MPPJ, kerajaan negeri dan pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang patut.
“Siasatan akan tetap dibuat, dan saya juga tidak akan mencampuri urusan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis Selangor,” ujarnya.
Ditanya mengenai penglibatan abangnya Datuk Abdullah Abu Bakar, Khalid optimis menyatakan beliau tidak risau sekiranya tindakan undang-undang dikenakan kepada abangnya itu.
“Saya amat profesional dalam hal ini kerana sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhi saya dalam apa juga tindakan kita (pihak polis),” tegas beliau.
BACA: Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan
Sekumpulan 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya pada Ahad dilaporkan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka di situ.
Mereka turut mempersoalkan lambang salib yang diletakkan di luar gereja berkenaan selain menuntut ia diturunkan kerana lambang suci penganut Kristian itu dikatakan boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam di sana.
Bagaimanapun, Khalid berkata tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan gereja itu.
BACA: Tiada unsur hasutan dalam bantahan gereja Taman Medan - KPN
Menurut beliau, ini adalah kerana bantahan tersebut diadakan berhubung isu lokasi gereja dan bukan menyentuh soal agama Kristian.
Dalam pada itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Selasa berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Kabinet.
BACA: Najib arah polis siasat protes salib Taman Medan
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes bantahan penduduk itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
BACA: Isu salib diserah kepada peguam negara untuk tindakan - Wan Junaidi
Huzaifah Abd Jamil
Tue Apr 21 2015
Khalid berkata tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan gereja itu. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kerajaan, KDN tarik balik rayuan kalimah Allah
Kerajaan dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan.
Jangan panjangkan isu Taman Medan - Ketua Polis Negara
Semua pihak diseru supaya tidak memanjangkan lagi perbincangan mengenai insiden yang berlaku di Taman Medan kerana ia melibatkan isu sensitif.