Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) meminta para peniaga di Sabah agar tidak
mengaitkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan harga makanan yang kian meningkat serta menjadikan cukai itu sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan makanan mereka.
Presiden CAPS James Bagah berkata alasan peniaga menjadikan GST untuk meningkatkan harga jualan makanan mereka adalah tidak relevan kerana bahan-bahan asas seperti beras, tepung, gula, ikan, sayuran dan lain-lain dikecualikan daripada cukai itu.
"Isu kenaikan harga makanan ini adalah isu ketamakan peniaga itu sendiri dan ianya tiada kena-mengena dengan GST. CAPS sering kali menerima aduan yang mana harga makanan di negeri ini terlalu mahal dan tidak berbaloi dengan jenis makanan yang diperoleh.
"Kita memohon pihak kerajaan agar memantau peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab ini yang menaikkan harga makanan sesuka hati serta membatalkan lesen mereka seterusnya mengenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Rabu.
Menurut James sikap para peniaga yang keterlaluan dalam mengaut keuntungan perlu ditangani secara serius dan kerajaan perlu bertegas untuk memastikan para peniaga ini tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga makanan untuk kebaikan semua pihak.
Dalam pada itu, James juga meminta warga pengguna supaya sama-sama memainkan peranan dengan melaporkan mana-mana peniaga atau premis yang mengenakan harga makanan atau barangan yang tidak berpatutan kepada pihak berwajib seterusnya memboikot peniaga atau premis tersebut.
"Tindakan memboikot adalah tindakan alternatif terbaik untuk memberi amaran dan pengajaran kepada peniaga yang tidak prihatin dengan beban pengguna yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.
"Kenaikan harga barangan yang semakin tidak terkawal ini amat membebankan pengguna dan ianya sangat dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana," tegasnya.
Mengenai Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak esok, James mengharapkan agar ia bajet 'mesra pengguna' dengan mengambil kira bebanan hidup rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan harga barangan untuk kelangsungan hidup.
"CAPS yakin bajet ini akan memberi penekanan kepada penurunan kos sara hidup rakyat di samping harapan supaya kadar GST dapat diturunkan kepada sekurang-kurangnya tiga peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2017

Alasan peniaga menjadikan GST untuk meningkatkan harga jualan makanan mereka adalah tidak relevan.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Jangan jadikan GST alasan naikkan harga makanan - CAPS
CAPS meminta para peniaga di Sabah agar tidak mengaitkan GST dengan harga makananan yang kian meningkat.

Peniaga banyak berdalih, cari alasan tidak turunkan harga barang - CAPS
Kebanyakan peniaga Sabah dilihat terlalu banyak berdalih dan memberikan pelbagai alasan untuk terus mengaut keuntungan, kata Presiden CAPS.