Pelan persaraan awal dengan jumlah simpanan yang mencukupi amat penting bagi menjamin kehidupan yang selesa selepas bersara.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Katanya pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa.
"Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 pun tidak mencukupi melainkan mereka bebas daripada hutang atau mempunyai simpanan lain.
"Bagaimanapun, ketika ini ada yang membeli rumah secara hutang sehingga umur 70 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut KWSP, pada Mei lepas hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan asas sebanyak RM196,800 atau lebih, dengan penggunaan sekurang-kurangnya RM820 sebulan untuk menampung kehidupan dalam tempoh persaraan.
Prof Noor Azizi berkata statistik itu amat membimbangkan terutamanya apabila melibatkan kos penjagaan kesihatan.
"Bagi yang mempunyai insurans mungkin tiada masalah tetapi saya tahu ramai yang tidak mempunyai insurans kesihatan terutama pekerja di peringkat bawahan," katanya.
Sementara itu, penyelia di sebuah syarikat swasta Hendri Yanti Zainal Arifin, 32, berkata persaraan yang selesa bagi dirinya adalah memiliki rumah sendiri dengan simpanan yang mencukupi.
Bagaimanapun, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai situasi belia hari ini yang menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri kerana harga yang terlalu tinggi.
"Tidak mustahil ramai belia hari ini yang akan terus menyewa rumah walaupun selepas bersara dan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, simpanan KWSP mungkin tidak dapat bertahan lama," kata Hendri Yanti.
Bagi pensyarah kolej swasta Khairul Nizam Ahmad Lutfi, 35, golongan bergaji rendah adalah mereka yang akan paling terkesan setelah bersara kelak.
"Gaji yang rendah bermakna caruman (KWSP) juga rendah. Simpanan tidak akan dapat bertahan lama dan mereka terpaksa bekerja semula kecuali jika mereka mempunyai anak-anak yang mampu menanggung perbelanjaan mereka," katanya.
Khairul Nizam berkata selain membeli rumah sendiri, baginya pesara juga perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM400,000 bagi menjamin persaraan yang selesa.
"Saya bersyukur mampu membli rumah sendiri ketika berusia 20-an tetapi saya masih bimbang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara," katanya. --BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016
Pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa. -Gambar fail
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk persaraan
Prof Noor Azizi berkata statistik itu amat membimbangkan terutamanya apabila melibatkan kos penjagaan kesihatan.