Muhammad Rafael, 10, tidak senang duduk di pangkuan ibunya.
Mulutnya tidak lekang daripada membuat bunyi-bunyian, sesekali berteriak dan mengusik mikrofon pihak media yang berada di depannya.
Pada wajahnya jelas tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun siapa tahu hati anak autisme itu merindukan ayahnya.
“Memang sukar untuk jelaskan kepada mereka (anak-anak) di mana bapa mereka sekarang kerana mereka sangat rapat,” kata Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar, 35, sambil cuba mengawal kelakuan Rafael di pangkuannya.
“Macam anak sulung saya ini, setiap malam memang bapanya lah yang tidurkan dia. Jadi sejak 2 Mei lepas, dia asyik tunggu dekat tepi tingkap,” katanya dengan sebak akhirnya tidak dapat menahan air mata mengalir ke pipi mengenang nasib suaminya.
Katanya, Rafael juga akan menampar-nampar wajahnya sendiri dan menggigit tangannya apabila tiada bapanya di sisinya kerana anak kecil itu tidak faham situasi yang berlaku.
Selalunya suaminya akan pulang ke rumah selepas kerja sekitar jam 9 malam, namun pada Selasa lepas hingga lewat malam, kelibat yang ditunggu tidak kunjung tiba.
Pada awalnya dia khuatir suaminya diculik, namun mengetahui dia ditahan polis menerusi catatan Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada keesokan harinya.
Ihsan Aslan, 37, merupakan antara tiga rakyat Turki iaitu Turgay Karaman, 43, dan Ismet Ozcelik, 57, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) pada Selasa dan Rabu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Aisyah tidak tahu mengapa suaminya ditahan kerana dia amat yakin dan percaya lelaki Turki yang dikahwini pada 2003 itu merupakan suami dan lelaki yang baik.
“Dia tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti atau kumpulan keagamaan sebab dia tiada masa. Isnin sampai Sabtu dia kerja menjaga kedai dan akan pulang ke rumah selepas itu, saya tahu jadual dia.
“Malah dia juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana kumpulan NGO, itu yang mengejutkan saya.
“Hari ini sudah tujuh hari dia ditahan, dan saya sangat risaukan keadaannya. Saya hanya mahu tahu sekarang apa khabarnya,” katanya.
Kali terakhir Aisyah berhubung dengan suaminya adalah menerusi telefon pada petang 2 Mei, hari Ihsan ditahan. Itupun Aisyah mengadu kepada suaminya tentang anaknya yang dilaporkan menangis di sekolah.
Selepas mengetahui Ihsan ditahan, dia menghubungi polis untuk mengetahui keadaan suaminya dan polis memaklumkan dia hanya boleh berbuat demikian dan menemui Ihsan pada Khamis tetapi tertakluk kepada rayuan.
“Saya sudah pun lantik seorang wakil untuk menghantar rayuan tersebut kepada pihak polis.
“Saya dimaklumkan polis mempunyai hak untuk menahan suami saya selama 28 hari untuk siasatan, tetapi saya harap dan mohon dia dapat dibebaskan lebih awal kerana saya yakin dia tidak bersalah.
“Dia seorang lelaki yang baik, mengutamakan keluarga, dan dia tidak akan melakukan perkara yang bertentangan atau mengancam keselamatan Malaysia.”
Apa diharapkan adalah Ihsan tidak dihalau pulang ke negara asalnya dan diberi peluang untuk mempertahankan diri dan dibicarakan secara adil di mahkamah Malaysia.
“Saya tidak marah kepada sesiapa, saya percaya terdapat salah faham yang besar di sini dan ia boleh berlaku kepada semua orang. Cuma saya harap sangat dia dapat dibebaskan secepat mungkin.
“Saya merayu, kerana anak-anak sangat memerlukan bapa mereka,” kata Aisyah lagi.
Israr Khalid
Mon May 08 2017
![Jangan halau suami saya pulang ke Turki, anak-anak memerlukannya Jangan halau suami saya pulang ke Turki, anak-anak memerlukannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61494253949_AinnurulAisyah.jpg)
Aisyah tidak tahu mengapa suaminya ditahan kerana dia amat yakin dan percaya lelaki Turki yang dikahwini pada 2003 itu merupakan suami dan lelaki yang baik. - Foto Astro AWANI
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721207510_TLDM.jpg)
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025 Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721207496_vietnamlebuhraya.jpg)
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
![Jangan halau suami saya pulang ke Turki, anak-anak memerlukannya Jangan halau suami saya pulang ke Turki, anak-anak memerlukannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61494253949_AinnurulAisyah.jpg)
"Jangan halau suami saya pulang ke Turki, anak-anak memerlukannya"
Isteri kepada Ihsan Aslan, salah seorang warga Turki yang ditahan polis kerana disyaki terlibat aktiviti keganasan, merayu supaya suaminya tidak dihalau pulang ke negara asal.