JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.
Sultan Ibrahim bertitah konsep Bangsa Johor yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kekal diamalkan sejak sekian lama.
Justeru, baginda bertitah Bangsa Johor perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
"Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.
"Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor," titah baginda dalam kenyataan yang diberikan Royal Press Office kepada Bernama hari ini, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda esok.
Titah baginda, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah telah membawa kemakmuran kepada negeri ini.
"Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia merupakan satu penyakit berbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor pada Belanjawan 2023.
"Alhamdulillah di atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi kemakmuran negeri serta rakyatnya," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Sultan Ibrahim bertitah konsep Bangsa Johor yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kekal diamalkan sejak sekian lama. - Gambar fail

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.