KUALA LUMPUR: Pas menzahirkan kebimbangan berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang membuka laluan perbincangan untuk melaksanakan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.
"Kenyataan Menteri Wilayah ini seolah-olah menunjukkan kerajaan MADANI tunduk dengan desakan DAP.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) harus menghentikan agenda ini jika mahu rakyat melihat bahawa Kerajaan Madani tidak ditekan oleh DAP," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Selasa, Zaliha menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meneliti cadangan mengembalikan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mendakwa DAP berhasrat mengadakan Pilihan Raya PBT untuk merealisasikan agenda menguasai bandar-bandar besar yang mempunyai pendapatan tinggi dan juga pusat ekonomi rakyat.
"Kita perlu tahu, jika pilihanraya PBT diadakan, ia membuka ruang kepada berlakunya polarisasi kaum yang lebih besar dan ketara antara penduduk bandar dan luar bandar.
"Ia bukan hanya melibatkan penguasaan terhadap hasil-hasil ekonomi sesebuah bandar yang tidak seimbang, malahan juga kuasa politik Melayu-Islam akan terhakis," ujarnya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, keputusan kerajaan semenjak 50 tahun dahulu yang memansuhkan pilihanraya PBT ini sepertimana jelas termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 amatlah tepat.
Jelasnya, ia bertujuan untuk menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik bagi menutup kemungkinan berlakunya ketegangan dan ketidakharmonian kaum dalam masyarakat.
"Kita tidak boleh bertolak ansur dalam agenda seperti ini kerana bimbang bila kita terlalu baik bertolak ansur, lama-lama kita ditolak beransur-ansur," tegasnya.
Ahad lalu, DAP menerusi konvensyen parti itu peringkat Wilayah Persekutuan menggesa supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT d di peringkat bandar raya tersebut.
Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai, berkata cadangan berkenaan bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.
Ujarnya, mengembalikan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan membawa kepada ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus cekap, bersih dan bertunjangkan rakyat.
Afiezy Azaman
Thu Dec 21 2023
Tuan Ibrahim berkata, seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama. - Foto fail/BERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim
Seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.