Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya membuat rumusan negatif tentang penyusutan nilai ringgit.
Sebaliknya, katanya, orang ramai perlu menganalisis situasi itu dan melihat kepada aspek kebaikannya daripada kelemahannya sebelum membuat rumusan menyeluruh dan unjuran jangka panjang bakal dihadapi negara.
"Sama ada baik atau buruk apabila nilai mata wang negara menyusut bergantung kepada bagaimana negara boleh mendapat manfaat daripada keadaan itu.
"Dari segi pelancongan dan eksport, sudah tentu ia adalah baik. Dari segi hutang asing dan import ia adalah sebaliknya," katanya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini.
Beliau mengambil perhatian bahawa nilai mata wang China iaitu Yuan telah menyusut dua kali berturut-turut yang menurut kalangan pakar ekonomi ada "baik dan buruk" tetapi secara menyeluruh, China bakal mendapat manfaat daripada nilai Yuan yang lebih rendah.
"Dan ini telah membuatkan banyak negara bimbang kerana aspek positif mengatasi yang negatif dan memihak kepada China," kata Salleh.
Sementara itu, Euro yang turut digunakan oleh negara seperti Portugal, Greece, Itali dan Sepanyol dan susulan kelemahan ekonomi negara-negara berkenaan, nilai Euro turut lebih rendah daripada Pound British.
"Kalangan pengkritik menyatakan jika Jerman masih menggunakan Mark dan bukannya Euro, dengan itu barangan dan perkhidmatan Jerman akan lebih mahal daripada sekarang, tetapi oleh kerana Jerman menggunakan Euro dengan itu ia memberikan kelebihan dan tidak adil kepada negara lain di dunia.
"Dalam erti kata lain, nilai Euro yang lebih rendah adalah baik bagi Jerman, yang mendapat manfaat daripada keadaan itu," katanya dan menurutnya walaupun dilihat seolah-olah tidak adil, Jerman tidak melakukan apa-apa yang salah dari segi moral atau tidak sah kerana itulah cara bagaimana sistem itu beroperasi.
Nilai ringgit, yang akhir-akhir ini mengalami trend menyusut, pulih sedikit hari ini berbanding dollar US dalam sesi dagangan awal hari ini, kata kalangan peniaga.
Pada 9.30 pagi, ringgit disebut harga pada 3.9900/9970 berbanding dollar US daripada 4.0375/0415 pada 5 petang semalam.
Bernama
Thu Aug 13 2015
SALLEH: Sama ada baik atau buruk apabila nilai mata wang negara menyusut bergantung kepada bagaimana negara boleh mendapat manfaat daripada keadaan itu. -Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Tinjauan Pendapat Selangor EMGC (34 Kerusi DUN Majoriti) Melayu
Pihak EMGC menjelaskan, terdapat beberapa pandangan yang tidak dapat membezakan antara pelaporan dan analisis.
Kuhan mahu analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara
Katanya, analisis itu juga bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta "flicker" untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.
Ringgit dijangka diuji pada paras 4.75 berbanding Dolar AS minggu depan
Unjuran ekonomi Malaysia terus mencabar berikutan pelabur telah mempertimbangkan potensi kepada kemelesetan ekonomi, kata Patrick Chang.
Kerajaan jalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19
Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.
UEL: Solskjaer tekad bawa United ke final
Walaupun Solskjaer telah meningkatkan kedudukan Liga Perdana Inggeris sejak memegang jawatan pada Disember 2018, dia masih belum memenangi trofi.
Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.
COVID-19: 15,858 sampel diambil di Labuan, 3,324 masih tunggu keputusan
Sebanyak 3,500 sampel dianggarkan diambil di penempatan itu untuk dianalisis dan masih ada 1,800 sampel akan diambil secara berperingkat sehingga 3 Nov.
Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.
SPRM belum buka kertas siasatan berkaitan 101 projek rundingan terus - Azam
Pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.