SHAH ALAM: Sebarang pelepasan air empangan dilaksanakan secara berperingkat dan dikawal rapi oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi kesemua empangan yang terlibat dengan mengambil kira keadaan trend paras sungai dan perubahan cuaca semasa.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata susulan tular maklumat berhubung Jadual Perancangan Pelepasan Air Empangan Langat dan Empangan Semenyih yang dikeluarkan LUAS pada hari ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, pihaknya menegaskan bahawa jadual itu disediakan sehari sebelum tarikh pelepasan air empangan bagi tujuan pemakluman awal kepada agensi-agensi negeri yang berkaitan.
"Pemakluman awal tersebut bertujuan untuk memberi perhatian awal melibatkan kawasan-kawasan rendah di bahagian hilir empangan di mana data perancangan pelepasan tersebut adalah merupakan perancangan yang dibuat semalam bagi kegunaan muka sauk Loji Rawatan Air selain bagi tujuan kesiapsiagaan penyediaan ruang takungan untuk musim Monsun Timur Laut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, LUAS berkata tiada pelepasan akan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan trend menaik serta hujan yang lebat di kawasan hilir.
Orang awam digalakkan untuk merujuk maklumat di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), https://publicinfobanjir.water.gov.my/ dan laman sesawang Jabatan Meterologi Malaysia, https://www.met.gov.my/?lang=en bagi maklumat berkaitan.
Selain itu, orang ramai boleh melayari portal Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS) bagi mendapatkan info berkaitan empangan seperti paras air, kapasiti dan peratusan takungan dan jumlah hujan di empangan di https://iwrims.luas.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

LUAS berkata tiada pelepasan air dari empangan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan trend menaik serta hujan yang lebat di kawasan hilir. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MADA pastikan air empangan diguna secara efisien, kurangkan kesan kemarau
MADA akan memastikan pelepasan air dari tiga empangan kendaliannya digunakan secara efisien sebagai langkah meminimumkan kesan kemarau panjang yang diramal berlaku pada tahun depan.

Jangan bimbang, pelepasan air empangan dikawal rapi Air Selangor - LUAS
Sebarang pelepasan air empangan dilaksanakan secara berperingkat dan dikawal rapi oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pelepasan air empangan, jangan berada di sungai sekitar Selangor
Peningkatan dijangka dari segi paras air sungai dan kuantiti serta halajunya, apabila berlaku limpahan dan pelepasan air empangan.